Judul : Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat
link : Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat
Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pada 10 Febuari ini.
Mohamed Azmin yang hadir di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagaimanapun berkata, ia juga mengambil kira mahkamah selesai mengambil keterangan Anwar.
“Saya hadir hari ini sebagai saksi kes saman Datuk Seri Anwar terhadap Khairy. Saya hanya menunggu giliran untuk memberi keterangan tetapi nampaknya keterangan Datuk Seri Anwar masih lagi berjalan dan mungkin akan disambung,
pada Jumaat. Jadi saya belum lagi dipanggil menjadi saksi.
“Ada kemungkinan (beri keterangan) pada Jumaat tetapi tertakluk kepada keterangan Datuk Seri Anwar, sekiranya dapat diselesaikan hari ini mungkin giliran saya hari Jumaat,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata demikian kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta apabila Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai, pada 20 Februari 2008. #sumber
Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat
Sekianlah artikel Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/azmin-di-jangka-beri-keterangan-kes.html
0 Response to "Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat"
Posting Komentar