Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !

Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !
link : Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !

Baca juga


Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !

PETALING JAYA: Mesyuarat yang dilihat sebagai “penentu” kerjasama pilihan raya antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka.
Sebaliknya, PAS dan PPBM akan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan tadi untuk dipertimbangkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti tidak menyertai mesyuarat “penentu” hari ini. Delegasi PAS diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala delegasi PPBM diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Kami memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha memeterai kerjasama.
“Rangka ini akan diperhalusi pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani presiden masing-masing pada waktu terdekat,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
PAS dan PPBM akan menubuhkan satu “jawatankuasa teknikal bersama” untuk mengambil tindakan susulan ke atas keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat hari ini menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya.
Keputusan membentuk jawatankuasa teknikal bersama itu menyusuli serangan PAS terhadap Dr Mahathir.
Pertemuan dilakukan di sebuah lokasi rahsia di Bangsar, di saat wartawan memenuhi ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya diadakan pada Khamis tetapi diawalkan ke hari ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi  hari ini enggan memberitahu persefahaman dan keputusan yang dipersetujui dalam pertemuan itu.
PPBM cuba menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan juga PAS, dua pihak yang tidak sefahaman.
Ketika Konvensyen Pakatan Harapan November lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat parti untuk menyertai gabungan itu.
Beberapa pemimpin PAS pula, antaranya naib presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi bukan dengan Amanah dan DAP. #sumber


Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !

Sekianlah artikel Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/mesyuarat-penentu-kerjasama-pru-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !"

Posting Komentar