Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka

Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka
link : Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka

Baca juga


Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka


GEORGE TOWN: "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama. Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puak beliau yang berubah berikutan kekalahan mereka."

Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keempat-empat wakil rakyat berkenaan menumpukan serangan mereka terhadap parti dan bukannya kepada skandal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negeri ini selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 2015.

"Mereka bukannya berusaha untuk memenangi semula keyakinan daripada anggota DAP Melaka, sebaliknya mereka menentang DAP kerana didakwa menolak mereka, mengakibatkan keanggotaan mereka digantung setahun oleh parti," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Selain Tong Him, wakil rakyat lain yang mengumumkan keluar daripada DAP ialah Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon Seong (Kesidang). 

Guan Eng mengakui kesilapannya kerana percaya bahawa Tong Him dan para pemimpin puaknya akan terus setia kepada DAP dan kempen parti untuk menyelamatkan Malaysia di sebalik wujudnya perbezaan pendapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. 

"Saya dukacita apabila mendengar Sim berkata beliau keluar daripada parti tanpa rasa pilu sungguhpun menjadi anggota parti selama hampir 35 tahun," katanya.

Lim berkata, DAP boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Tong Him ketika beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013 menentang calon DAP bagi kerusi Kota Laksamana.

"Bagaimanapun, parti ini percaya beliau telah tersalah arah dan masih setia kepada DAP serta anggotanya." 

Menyifatkan peletakan jawatan keempat-empat mereka sebagai tidak dijangka, beliau berkata, tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan kepadanya, pemangku pengerusi kebangsaan parti, Tan Kok Wai atau setiausaha pengelola kebangsaan Anthony Loke, berhubung maksud perbezaan dasar itu.

"Mereka nampaknya keliru tentang apakah perbezaan dasar yang mereka kurang senang. Mereka juga kelihatan keliru berhubung rasional dalam meletak jawatan, yang seolah-olah lebih kepada tindak balas peribadi berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka dan diikuti dengan penggantungan keanggotaan selama setahun," katanya.

Guang berkata pada Selasa, beliau akan ke Melaka untuk mengadakan mesyuarat pada 8 malam dengan anggota dan pemimpin DAP Melak. #sumber



Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka

Sekianlah artikel Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/lim-guan-eng-peletakan-jawatan-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lim Guan Eng: Peletakan Jawatan "Empat Pemimpin DAP", Tidak Di Jangka"

Posting Komentar