Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas

Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas
link : Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas

Baca juga


Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas


SHAH ALAM: Dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa laporan autopsi atau bedah siasat kedua S Balamurugan ‘tidak jelas’ adalah tidak berasas.
Peguam, N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan berkata, keputusan bedah siasat berkenaan dengan jelas menyatakan punca kematiannya sebagai penyakit ‘arteri koronari’ akibat pukulan trauma.
Katanya, ia bermakna, kegagalan jantung Balamurugan tercetus oleh pukulan trauma berkenaan.
“Pertama, tiada apa yang ‘tidak jelas’ dengan keputusan bedah siasat kedua sepertimana didakwa KPN.
“Jika tidak, pukulan trauma itu tidak akan dicatatkan sebagai penyebab kematian oleh pakar patologi,” kata mereka.
Terdahulu, Khalid dalam kenyataannya antara lain mendakwa keputusan bedah siasat kedua kes Balamurugan adalah ‘tidak jelas’ dan ‘ringkas’ dan ‘tidak menjelaskan kedudukan trauma tumpul’.
Pada 18 Februari lalu, keputusan bedah siasat kedua mangsa dibentangkan, hasil pemeriksaan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sepertimana diarahkan mahkamah.
Surendran dan Latheefa berkata, pegawai penyiasat polis turut hadir ketika pasukan forensik HKL menjelaskan secara terperinci kepada keluarga dan peguam hasil bedah siasat berkenaan.
“Selain itu, polis juga memiliki 82 gambar bedah siasat terperinci ke atas badan Balamurugan.
“Jadi, bagaimana KPN boleh mendakwa bahawa keputusan itu ‘tidak jelas’ termasuk dakwaan kononnya polis tidak tahu kedudukan pukulan trauma pada badan mangsa,” kata mereka. #sumber


Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas

Sekianlah artikel Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kes-balamurugan-dakwaan-oleh-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Balamurugan: Dakwaan Oleh Ketua Polis Negara Tidak Berasas"

Posting Komentar