Judul : Najib Makin Sugul
link : Najib Makin Sugul
Najib Makin Sugul
Bekas perdana Najib Razak mempertahankan perbelanjaan RM3.36 juta daripada dua kad kredit miliknya di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.
Menurut Najib perbelanjaan itu untuk membeli cenderahati buat keluarga diraja dari sebuah negara.
"Perbelanjaan ini adalah untuk hadiah kepada ahli kerabat raja kanan sebuah kerajaan serta rombongan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan negara kita," katanya menjelaskan kerajaan tersebut bukan Arab Saudi atau Abu Dhabi.
"Mereka sekeluarga serta rombongannya telah bersama kita dalam kunjungan kita sekeluarga ke Itali masa itu.
"Ianya adalah kebiasaan untuk memberi hadiah kepada pemimpin kerajaan lain.
"Biasanya kerajaan yang akan tanggung kos hadiah (seperti PM ke-4 bagi hadiah besar untuk rumah peribadi presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe dahulu) tapi kali ini, saya bayar dengan kad kredit saya," kata Najib.
Najib yang kini pengerusi Lembaga Penasihat BN menegaskan kad kredit itu didaftar atas namanya dan bukan di bawah SRC International Sdn Bhd.
Semalam, media melaporkan terdapat sepuluh transaksi perbelanjaan melalui kad kredit dibuat dalam masa sehari di butik barang mewah emas itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Presiden Kanan Ambank yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad Yeoh Eng Leong, 58, pada hari ke-37 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Kata Yeoh, dua kad kredit itu mempunyai had sebanyak RM3 juta.
Pada hantaran di Facebook, Najib berkata RM3.36 juta itu merupakan perbelanjaan terbesarnya menggunakan dua kad kredit itu yang menurutnya jarang-jarang digunakan.
"Walaupun saya selalu dituduh beli ini dan beli itu, fakta di mahkamah menunjukkan inilah perbelanjaan paling besar untuk kredit kad saya.
"Seluruh had kredit RM3 juta itu telah digunakan dalam satu hari pada 8 Ogos, 2014," katanya.
Penerima hadiah itu, jelas Najib malahan menulis surat bertarikh 15 Ogos 2014 menzahirkan penghargaan kepadanya kerana pemberian cendera hati tersebut.
Najib turut menyertakan gambar surat itu pada hantarannya, dengan nama penerima hadiah berkenaan dipadamkan.
MP Pekan selanjutnya menjelaskan beliau enggan mendedahkan nama penerima hadiah itu kerana tidak adil untuk menyebarkan namanya kepada umum.
Surat asal akan diserahkan ke mahkamah sebagai keterangan dan pihak peguam akan membuat penjelasan, kata Najib lagi.
"Oleh kerana kes SRC in masih dalam perbicaraan, saya tak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa ini.
"Yang saya boleh kata ialah tajuk berita dari kerajaan PH ini bukan semua boleh dipercayai secara bulat-bulat kerana ianya amat selektif.
"Itulah sebab saya telah beberapa meminta perbicaraan kes saya disiarkan secara langsung supaya Rakyat tahu cerita sebenar. Tapi PH tak mahu.
"Saya juga percaya bahawa penjelasan dalam posting ini tidak akan masuk berita stesen televisyen," jelasnya lagi. - mk
Najib Makin Sugul
Sekianlah artikel Najib Makin Sugul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Najib Makin Sugul linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/07/najib-makin-sugul.html
0 Response to "Najib Makin Sugul"
Posting Komentar