Judul : Kejutan Dari Istana Johor
link : Kejutan Dari Istana Johor
Kejutan Dari Istana Johor
Kejutan Dari Istana Johor. Polis semalam menahan seorang lelaki dipercayai individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 3.50 petang di hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan, selepas polis bertindak atas satu laporan.
Kejutan Dari Istana Johor. “Polis kontinjen Johor menerima satu laporan pada 1.25 tengah hari (Selasa) berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor.
“Penyebaran video tersebut merupakan satu perkara yang boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata berikutan penahanan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kejutan Dari Istana Johor
Sehubungan itu, beliau berkata polis Johor menasihati orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa rakaman video bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakiti hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.
Kejutan Dari Istana Johor. Beliau berkata pihaknya turut mengingatkan orang ramai bahawa polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat. - fmt
Iklan
Kejutan Dari Istana Johor
Sekianlah artikel Kejutan Dari Istana Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kejutan Dari Istana Johor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kejutan-dari-istana-johor.html
0 Response to "Kejutan Dari Istana Johor"
Posting Komentar