Judul : NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN
link : NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN
NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail hari ini menasihatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar jangan membutakan mata dan hati sendiri apabila mendesak Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Tambahnya, tindakan tersebut merupakan tindakan paling bodoh dibuat oleh Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar Ibrahim kali ini dengan mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar untuk melepaskan jawatan ekoran penggantungan tugas Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa.
“Penggantungan tersebut dibuat oleh Ahli Lembaga MARA dan bukannya Datuk Seri Ismail Sabri walaupun MARA berada dibawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah atau KKLW.
“Lagi pun ianya cuma penggantungan tugas bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mahu prosedur siasatan terganggu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Beliau turut menyifatkan Izzah seperti `selak kain orang dalam kain sendiri penuh dengan ulat’.
“Apa pendirian pembangkang khususnya Dap yang masih membiarkan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang masih menjalankan tugas walaupun sudah dipanggil berulang kali oleh SPRM termasuk dibicarakan di mahkamah.
“Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor yang tetap bertugas walaupun beberapa skandal dibuka berkenaan kepincangan pentadbiran.
“Takkan apa yang berlaku dalam kumpulannya, Nurul Izzah nak pejam mata pula?,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang.
NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN
Sekianlah artikel NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/nurul-izzah-seperti-dalam-kain-sendiri.html
0 Response to "NURUL IZZAH SEPERTI ‘DALAM KAIN SENDIRI PENUH ULAT’, KATA ZEIN"
Posting Komentar