Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri

Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri
link : Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri

Baca juga


Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri


KUANTAN: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia meminta pihak berkuasa agar tidak berdiam diri sebaliknya tampil melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Tasik Chini yang disifatkan semakin nazak.

Presidennya, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, tanpa penglibatan pihak-pihak terbabit, lokasi pelancongan dan bersejarah  itu akan terus terjejas.

Menurutnya, tanpa  peranan pihak berkuasa,  tiada pihak lain  yang mampu menyelamatkan Tasik Chini daripada tercemar dan rosak akibat aktiviti penerokaan serta pembangunan.

“Tasik Chini mungkin boleh diselamatkan dengan menanam kembali pokok-pokok, namun ia mengambil masa lama. Itu pun sekiranya aktiviti penerokaan dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berkenaan keadaan tasik tersebut yang menghadapi gangguan ekosistem sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Ali yang tnggal di kawasan tersebut.

“Sebelum ini dah ada laporan daripada sebuah NGO, Transparency International (TI) pada 2010 yang mendedahkan kerosakan dialami Tasik Chini, tapi tiada sebarang tindakan proaktif untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Shariffa Sabrina berkata, Peka Malaysia juga telah membuat tinjauan ke tasik itu pada 13 Disember lalu bersama ahli jawatankuasa (AJK) Peka Pahang, pakar alam sekitar dan NGO lain untuk melihat sudut nilai alam sekitar dan pelancongan.

“Dalam perjalanan itu terdapat tidak kurang tiga lori balak yang sarat dengan muatan kayu hutan baru ditebang menandakan bahawa masih terdapat kerja-kerja membalak di kawasan Tasik Chini.

“Dan di persimpangan jalan masuk kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini, terdapat sebuah lombong bijih besi yang masih beroperasi,” dakwanya.

Tambahnya, kawasan dan pejabat tasik diuruskan dengan baik namun malangnya tidak ramai yang datang mengunjungi selain terdapat projek terbengkalai membabitkan sebuah kem untuk tujuan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). #sumber


Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri

Sekianlah artikel Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/isu-tasik-chini-ngo-alam-sekitar-gesa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Tasik Chini: NGO Alam Sekitar Gesa Pihak Berkuasa Tak Berdiam Diri"

Posting Komentar