Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik

Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik
link : Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik

Baca juga


Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik


BENTONG: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan aktiviti penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal di Janda Baik, Bentong dan di sepanjang laluan ke Genting Highlands, Pahang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya memang serius terhadap perkara itu dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap peneroka yang giat menjalankan aktiviti penerokaan haram di kawasan hutan simpan tersebut.

Menurutnya, sehingga kini, Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bertindak untuk mengawal kawasan hutan simpan itu yang telah dilaporkan oleh penduduk setempat terdapatnya aktiviti penerokaan hutan secara haram.

“Kini kita sedang memerhatikan bahawa terdapat beberapa kawasan yg telah diterokai dengan menggunakan warga asing dan kawasan ini diminati oleh mereka kerana tempat ini merupakan kawasan sejuk dibandingkan Cameron highlands dan kawasan di sini banyak diterokai oleh warga-warga Bangladesh.

“Saya akan membantu Jabatan Perhutanan untuk membuat siasatan undang-udang. Walaupun ini bukan tugas sebenar kita namun kita ingin membantu pihak kerajaan negeri  melalui beberapa perkara yang juga melibatkan kerajaan persekutuan,”katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan beliau selepas melakukan pemantauan pemeriksaan bersama anggota APM di Hutan Simpan Lentang di sini, semalam.

Shahidan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata kebanyakan pihak yang meneroka kawasan haram itu hanya mengeluarkan modal menggunakan cara kontrak perladangan.

“Bayangkan orang lain nak cari tanah satu hekar pun susah  namun mereka ini datang ke negara boleh dapat  mengambil beribu-ribu hekar dengan mudah. Saya nak bagitahu bahawa negeri ini ada tuan, ada kerajaan dan ada undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengenai perkara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata keindahan hutan dan panorama alam sekitar yang dinikmati di hutan ini akan pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin.

”Kita kena ingat jika kita rosakkan hutan dan alam semula jadi, kita akan kekurangan air sungai dan sikap tamak mereka yang berlumba-lumba untuk cepat kaya telah mengakibatkan tanah kita musnah,”katanya. #sumber


Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik

Sekianlah artikel Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tindakan-tegas-terhadap-aktiviti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik"

Posting Komentar