Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355

Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355
link : Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355

Baca juga


Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355

THE MALAYSIAN MIRROR
 
 
 
KUALA LUMPUR – Hormati pandangan mufti dan tidak berterusan mencela perhimpunan solidariti Rang Undang-Undang 355 (RUU 355), tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Katanya, pandagan mufti adalah yang terbaik kerana mereka memiliki kelayakkan dan berkedudukkan tinggi dalam bidang agama.

“Mufti di negara ini menyokog RUU 355 dan mereka menyifatkan perhimpunan itu sebagai luar biasa kerana dalam isu agama, ia boleh menyatupadukan umat,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali menegaskan tidak timbul tuduhan sesetengah pihak bahawa kalangan mufti bermain politik serta memihak kepada parti tertentu.

Katanya, umat Islam yang mencitai syariat agama sudah semestinya amat berbangga melihat puluhan ribu umat Islam sanggup berhimpun di panas terik demi kepentingan agama mereka.

“Jadi kenapa pula ada segelintir orang Islam berasa sakit hati, resah dan mencela RUU 355 termasuk melemparkan cercaan terhadap tokoh agamawan dan pemimpin Islam yang hadir pada perhimpunan tersebut ?

“Ini bukan soal politik, ini membabitkan kepentingan agama dan syariat Islam,” tegasnya.

Beliau mengingatkan sesetengah pihak termasuk apa yang dipanggil Melayu liberal supaya jangan mencela dan mempertikaikan perhimpunan yang dihadiri lebih 20,000 umat Islam di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Jangan lemparkan celaan dan penghinaan terhadap perhimpunan RUU 355, perhimpunan tersebut adalah kebangkitan umat untuk menegakkan syariat Islam,” tegasnya.

Malah tegasnya, RUU 355 tidak ada mengena kepada bukan Islam tetapi beliau kecewa kerana orang Islan yang berpendidikan tinggi termasuk pemain politik menentang pindaan tersebut.

“Pindaan terhadap RUU 355 untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah supaya berada dikedudukan tertinggi, tidak lagi diperlekehkan sesetengah pihak,” tegasnya.

Menurut beliau, perhimpunan tersebut telah menzahirkan kesediaan umat Islam untuk bangun bersatu dengan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan agama.

“Ini satu isyarat jelas betapa umat Islam boleh bersatu dalam sesuatu keadaan bilamana kepentingan Islam diganggu atau tercabar,” tegasnya.

Syed Ali juga menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perhimpunan RUU 355 sebagai platform politik PAS untuk meraih undi.

“Pada hemat saya, tidak mungkin PAS berniat sedemikian, tetapi terpulang kepada beliau (Dr Mahathir) untuk membuat penilaiannya,” ujar beliau.

Mengenai tersebar desas-desus meluaas bahawa akan berlaku kerjasama politik membabitkan UMNO dan PAS, beliau berkata pelbagai andaian akan dibuat oleh banyak pihak.

“Ada yang kata melihat kejayaan perhimpunan RUU 355 yang membabitkan penyertaan pemimpin UMNO dan PAS, kerjasama itu akan berlaku, ini andaian semata-mata,” ujarnya.

Tetapi jelas beliau, jika kerjasama itu menjanjikan kebaikan dan bermanfaat kepada orang Melayu dan umat Islam, sewajarnya diberikan sokongan.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberitahu, blok pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan resah melihat sokongan rakyat terhadap UMNO.

Beliau berkata, peningkatan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) ternyata merisaukan blok pembangkang terutama DAP, PKR dan BERSATU.

Oleh sebab itu katanya, pemimpin pembangkang terpaksa ‘menebal muka’ untuk berbaik semula walaupun sebelum ini mereka amat memusuhi antara satu sama lain.

“Kalau UMNO tak kuat, masakan mereka sanggup bersatu setelah berpuluh tahun bercakaran dan memaki hamun sesama mereka,” tegasnya.



Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355

Sekianlah artikel Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/hormati-pandangan-mufti-jangan-cela-ruu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hormati pandangan mufti, jangan cela RUU 355"

Posting Komentar