"Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan

"Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan
link : "Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan

Baca juga


"Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan


GELANG PATAH: DAP Johor mendakwa terdapat pertambahan drastik jumlah pemilih dipindahkan ke kawasan Parlimen Gelang Patah sejak tahun lepas.
Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Tan Hong Pin (foto) berkata, terdapat pertambahan sekurang-kurangnya 13,000 pemilih didaftarkan dalam suku terakhir 2016.
Justeru, katanya, pihaknya telah melakukan tinjauan dan siasatan di 17 lokasi berbeza di kawasan Parlimen berkenaan khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.
Hasil tinjauan dan siasatan itu, katanya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 163 pemilih yang dicurigai didaftarkan di bawah beberapa alamat lot tanah kosong yang tidak berumah dan berpenghuni.
“Kami menyiasat satu alamat di Lima Kedai dekat sini dan mendapati tanah itu kosong walaupun terdapat 18 orang pemilih dengan nama keluarga yang berbeza tinggal di satu rumah yang sama di kawasan berkenaan.
“Hasil semakan kami juga mendapati terdapat enam nama didaftarkan di kawasan yang sama dalam pilihan raya yang lalu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah di sini, semalam.
Sehubungan itu, Hong Pin yang juga Adun Mengkibol berkata, pihaknya akan menghantar bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum 20 Februari.
Beliau yang juga Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) menggesa orang ramai yang mahu membuat aduan mengenai perkara tersebut untuk tampil berjumpa pihak DAP.
Sementara itu, Hong Ping dalam kemaskini Facebook rasmi miliknya hari ini memuat naik klip video yang memaparkan hasil tinjauan beliau di kawasan yang didakwa terdapat pemilih yang didaftar di bawah alamat rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.
“Rakaman ini dibuat waktu semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan semasa bulan November yang lalu. Rumah yang dikosongkan beberapa bulan tetapi didaftarkan pemilih. Kerja siapa?” ujarnya dalam kemaskini tersebut.
Kerusi Gelang Patah dimenangi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762. #sumber


"Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan

Sekianlah artikel "Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/gelang-patah-catat-peningkatan-bilangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Gelang Patah" Catat Peningkatan Bilangan Pengundi Mencurigakan"

Posting Komentar