Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah

Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah
link : Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah

Baca juga


Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah


KUALA LUMPUR: Isu dibangkitkan mengenai peletakan jawatan seorang menteri kanan dalam kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan barisan jemaah menteri hari ini tidak kukuh dan goyah.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata persoalan dilontarkan jelas membangkitkan keadaan panik di kalangan menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Aahmad Zahid Hamidi.
“Bagi saya, saya mencapai objektif apabila menunjukkan kabinet yang ada sekarang ini tidak kukuh, cepat melatah dan panik.
“Ini menunjukkan wujudnya ketidakpercayaan di kalangan menteri kabinet sendiri apabila seorang demi seorang menafikan bahawa mereka dimaksudkan akan meletak jawatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau berkata, persoalan itu hanya dilontarkannya namun terkejut dengan respon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah ada sesuatu tidak kena apabila dilihat kedua-duanya panik menjawab isu berkenaan.
Mengulas lanjut, katanya, bagaimanapun beliau tidak akan menamakan menteri berkenaan kerana maklumat diperoleh secara terus dan memahami mengapa seseorang itu mengambil tindakan sedemikian.
“Saya tidak akan menamakannya kerana sistem yang wujud hari ini adalah sistem menekan dan ugutan itu terlalu kuat di Putrajaya di mana ia tidak adil kepada menteri berkenaan.
“Cukup untuk saya melontarkan kepada rakyat bahawa ada menteri kanan tidak berpuas hati dengan pengurusan kewangan dan ekonomi negara serta mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam jemaah menteri kabinet.
“Kita tunggu dan lihat (akan perkara itu),” katanya.
Baru-baru ini dalam akuan twitternya @AzminAli, Dato’ Menteri Selangor itu menimbulkan persoalan dengan twit – Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB, Cuba ikuti perkembangan.
Isu terbabit mendapat perhatian ramai khususnya Najib dan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang mempersoalkan perkara dibangkitkan itu dan meminta Mohamed Azmin mendedahkan individu dimaksudkan. #sumber


Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah

Sekianlah artikel Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/azmin-isu-menteri-kanan-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah"

Posting Komentar