CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !

CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !
link : CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !

Baca juga


CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !


KUANTAN: Bekas calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli  hari ini menggesa parti politik baik Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang meletakkan calon Melayu pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti. 

Ini katanya, majoriti pengundi Melayu kini melebihi 60% berdasarkan kepada statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa ini. 

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) menegaskan, pembangkang boleh meletakkan calon Melayu daripada PKR atau pun PPBM, manakala BN pula boleh memilih calon dari parti UMNO untuk bertanding di situ.

"Saya hairan, sejak wujudnya kerusi DUN Indera Mahkota hingga bertukar menjadi DUN Semambu wakil rakyat kawasan ini tetap dari kaum manoriti. Walhal, pengundi Melayu melebihi dua kali ganda statitistiknya".



"Pembangkang pernah meletakkan calon Melayu dalam dua pilihanraya umum sebelum ini iaitu Razali Alias dan Zukri Akshah dari PKR. Namun, kedua-duanya kalah kepada calon BN dari MCA iaitu Ti Lian Ker dan Pang Tsu Ming. Pada PRU-12, pembangkang mula meletakkan calon bukan Melayu iaitu Nancy Kong untuk berhadapan dengan Pang Tsu Ming".


Pang Tsu Ming Dan Ti Lian Ker dari MCA wakil BN
Razali Alias Dan Zukri Akshah dari PKR wakil PR
Nancy Kong, calon pembangkang (PKR) pada PRU12

"PRU13, sekali lagi calon bukan Melayu iaitu Lee Chean Chung diletakkan di situ. Beliau  menang dan menjadi wakil rakyat hingga ke hari ini. Ketika itu peratusan pengundi Melayu hanyalah 56.8% berbanding kaum Cina 33.20%. Saya gagal kerana tidak mewakili mana-mana parti ketika itu sebenarnya. Rakyat tidak yakin dengan calon bebas", kata Shukri.


Kenangan, Shukri bertanding kerusi bebas PRU-13 

"Amatlah tidak wajar, di kerusi yang majoriti kaum tersebut tetapi calonnya tidak dipilih di kalangan mereka. Sedangkan dalam perbincangan sama-sama parti jelas menyatakan mana-mana kerusi yang majoriti pengundi dari  kaum tertentu akan ditandingi oleh wakil kaum terbabit", tambah Shukri lagi. 

Saya mendapat banyak aduan daripada rakyat di kawasan ini yang mahukan wakil rakyat dari kalangan Melayu. Ini bagi memudahkan wakil rakyat bersama dalam program dan sebarang aktiviti keagamaan.  Menurut Shukri lagi, dalam hal ini ia bukan bersifat perkauman atau rasis. Namun, ia lebih kepada memberikan hak kepada yang sepatutnya.

 "Amalan ini berlaku di mana-mana sebenarnya... Saya tidak hairan jika majoriti tersebut hanya sedikit.. namun di DUN Semambu ia mencecah sekali ganda... Sebab itu saya tawarkan diri bertanding seagai calon bebas di sini pada PRU-13 lalu... Namun saya tewas kerana semangat kepartian itu mengatasi segalanya. Apapun, selepas pilihanraya barulah masing-masing merungut dan terfikir betapa sukarnya bersama wakil rakyat dalam program agama di surau atau pun masjid-masjid. Maknanya, wakil rakyat sekadar pada namanya sahaja, sedangkan mereka tidak dapat bersama-sama rakyat itu sendiri", kata beliau lagi.

Shukri juga berkata, apa pun perkara ini sekadar padangan beliau semata-mata dan dia terpulang kepada parti-parti yang bertanding. Situasi akan berbeza sekiranya pakatan pembangkang baharu Pakatan Sejahtera, dari PAS dan IKATAN meletakkan calon mereka pada PRU-14 ini nanti. Sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu. 

Jika ini berlaku kata Shukri, harapan untuk menang adalah cerah berdasarkan kepada sokongan akar umbi pengundi atas pagar itu sendiri. Sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan demi kepentingan majoriti pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dilakukan pada PRU-14 ini. #pahangdaily


CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !

Sekianlah artikel CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/cmk-kerusi-dun-semambu-perlu-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !"

Posting Komentar