Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !

Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !
link : Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !

Baca juga


Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada satu majlis di Lembah Pantai pada 2008 menggambarkan beliau sebagai homoseksual, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat.

Anwar, 69, berkata kenyataan fitnah menteri itu dalam ucapannya pada Majlis Pemuda UMNO-BN (Barisan Nasional) itu menjurus kepada peribadi dan perilakunya secara negatif dan menghina yang secara jelas serta tersirat menudingnya sebagai homoseksual.

"Kenyataan tersebut bermaksud untuk menggambarkan saya sebagai manusia yang berselingkuh, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat," katanya menerusi kenyataan saksi di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan.

Anwar selaku plaintif dalam kes saman itu berkata sindiran secara licik itu bertujuan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat awam bahawa dirinya bersalah atas pertuduhan liwat.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Khairy itu menggambarkan dirinya (Anwar) sebagai seorang yang tidak layak untuk menyandang sebarang jawatan politik kerana dianggap bahaya kepada masyarakat serta bermaksud untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

"Defendan dengan sengaja mencerca saya di Lembah Pantai kerana anak saya, Nurul Izzah diumumkan sebagai calon ketika itu, kenyataan kesat itu menambah duka keluarga serta sudah pasti mencemarkan peribadi dan keluarga. Saya berharap dengan tuntutan ini keadilan dapat ditegakkan," katanya. 

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.

Anwar yang diwakili peguam R. Sivarasa mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.

Sementara itu, peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam utama defendan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan permohonan untuk memanggil semula Khairy bagi memberi keterangannya kerana terdapat penemuan baharu dalam kenyataan saksi Anwar.

Pada 19 September tahun lepas, Khairy yang merupakan saksi defendan pertama dalam keterangannya menafikan ucapannya itu merujuk kes liwat Anwar tetapi menegaskan pendiriannya bahawa maksud ucapannya hanya metafora berkaitan kempen BN. #sumber



Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !

Sekianlah artikel Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/anwar-saman-kj-kerana-fitnahnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !"

Posting Komentar