Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN

Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN
link : Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN

Baca juga


Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN


DAP berpecah dua. Sebahagian menyalahkan pemimpin mereka merosakkan keharmonian nasional antara agama dan antara kaum oleh tindak tanduk DAP. Ini tidak bagus untuk kepentingan kaum bukan Melayu. Tidak bagus untuk keselamatan dan perniagaan. Ramai yang bantah permusuhan dengan PAS. Tapi tidak ramai berani bersuara. Ada unsur diktator, tekanan dikenakan jika berlawanan.

PKR pun berpecah dua. Ramai pemimpin bakal tenggelam jika tiada sokongan undi dan jentera PAS. Tidak banyak kawasan yang boleh bertahan semata mata dengan sokongan DAP.

PPBM yang lantang bersikap negatif kepada PAS cuma Mahathir. Kadang-kadang nampak lebih masalah peribadi Mahathir dengan PAS yang tidak rasional. Yang lain seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz nampak sangat berhati-hati dan tahu hayat PPBM bergantung sokongan orang Melayu yang perlu diraih dari kalangan ahli dan penyokong Umno. PPBM bukan sasarkan kawasan bukan Melayu. 

PPBM belum ada rangkaian cawangan yang meluas. Jentera jauh sekali. Wang mereka mungkin ada. Mereka bekas pemimpin tertinggi Umno! Untuk itu perlu bantuan jentera PAS. Bawa jentera DAP untuk berkempen membantu PPBM akan beri akibat buruk. 

Mengutamakan DAP berbanding PAS yang juga dekat dihati orang-orang Melayu sekalipun Umno buruk akibatnya kepada PPBM. Ahli dan penyokong Umno sejak merdeka sudah didoktrinkan membenci DAP sebagai musuh agama Islam, musuh orang Melayu. 

Berbeza dengan PAS yang menilai berasaskan sikap 'leaders and leadership of the day'. Jika tidak mengganggu urusan dan perjuangan Islam dan kepentingan orang Melayu, boleh bincang kepentingan bersama. Jika hormati perjanjian boleh bincang.

PAN pula kelihatan gagal. 2 peratus sokongan dengan segala pelaburan oleh para penaja adalah sangat kecil. Terlalu fokus mencuri penyokong PAS yang ternyata PAN gagal bila kurang 1 peratus yang keluar PAS. Ia tidak produktif bila sasaran sepatutnya memikat penyokong Umno untuk bersama buat perubahan. PAS ternyata lebih berjaya dengan Budaya Politik Matang Sejahtera. Angka permohonan keahlian PAS yang baru meningkat luar biasa. Berlipat ganda lebih besar dari angka bilangan yang keluar dari PAS.

PAN mula dinilai liabiliti bila pemimpin PKR dan PPBM mula mencadangkan PAN dibubarkan. Dengan angka cuma 2 peratus sokongan diperolehi PAN yang didedahkan kajian bawah Rafizi Ramli yang dianggap genius oleh PH, ditambah analisa keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRN Sarawak, adalah tidak pelik jika dalam usaha memujuk PAS, DAP akan bersetuju dengan saranan bubarkan PAN atau mempelawa PAN menjadi sayap Melayu dalam DAP. Tulisan Ahmad Amzad Hashim #sumber


Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN

Sekianlah artikel Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/tanpa-kerjasama-pas-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanpa Kerjasama PAS, Pakatan Harapan Tiada Upaya Gugat BN"

Posting Komentar