Judul : Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China
link : Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China
Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China
Menurut Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, propaganda menakut-nakutkan orang Melayu seperti itu sengaja dibiarkan berleluasa supaya kaum Melayu tidak mengubah undi pada pilihan raya umum akan datang lapor Malaysiadateline.
“Kita lihat di media sosial (serangan) bertubi-tubi, jangan diizinkan DAP perintah Malaysia. Nanti Cina akan kuasai kita. Di kuliah-kuliah masjid seluruh negara seolah-olah tanpa sekatan dimainkan isu perkauman ini.
“Jangan jadi macam Singapura. Lihat Cina memerintah, masjid pun ditutup. Propaganda seperti ini sengaja dibiar untuk melahirkan ketakutan di kalangan Melayu untuk tidak mengubah undi pada PRU akan datang.
“(Tetapi) Merekalah yang sekarang ini menggadaikan negara ini kepada China sehingga menjadi kegelisahan sebahagian besar rakyat. Dimainkan (konon mahu) jaga negara, kalau jatuh (kerajaan BN) Malaysia, DAP perintah Malaysia tetapi tempat-tempat strategik negara dianugerahkan kepada syarikat-syarikat negara tersebut,” katanya berucap di Majlis Makan Malam Amanah dekat sini.
Jelasnya, kenyataan itu bukan bermaksud Pakatan Harapan menolak kepentingan pelaburan asing namun ianya harus terkawal dan tidak mengancam kedaulatan tanah air.
“Kita mahu pelabur asing tetapi biar mereka datang dengan terma syarat ditentukan oleh negara yang memberi manfaat kepada rakyat bukannya mereka datang sehingga boleh menguasai sesuatu tempat,” tegas beliau. #sumber
Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China
Sekianlah artikel Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/takutkan-melayu-dengan-orang-cina-tapi.html
0 Response to "Takutkan Melayu Dengan Orang Cina, Tapi Gadai Negara Kepada China"
Posting Komentar