Judul : Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016
link : Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016
Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016
SHAH ALAM: Polis menyanggah dakwaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bahawa ia turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang 2016 sempena tahun baharu pada hujung minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, pihaknya hanya dijemput bermesyuarat sekali sahaja oleh MPK selaku penganjur, iaitu pada 24 Nov, dan tidak lagi terlibat dalam perbincangan selepas itu.
Beliau berkata polis juga menganggap pertunjukan bunga api itu dibatalkan kerana MPK tidak memohon permit mahupun merujuk atau meminta pandangan pihaknya berhubung perkara tersebut.
"Disebabkan tiada permohonan permit (oleh MPK) bagi pertunjukan bunga api, polis menganggap ia dibatalkan jadi penugasan hanya tertumpu terhadap kawalan keselamatan orang ramai sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam tahun baharu 2017 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan 14 cedera. #sumber
Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016
Sekianlah artikel Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/polis-nafi-anggotai-jawatan-kuasa.html
0 Response to "Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016"
Posting Komentar