Judul : Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri
link : Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri
Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Perak, Kelantan dan Selangor berkurangan malam ini kepada 5,100 berbanding 6,515 orang petang tadi namun, bilangannya bertambah di Pahang.
Di Johor, jumlah mangsa banjir di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di 3 daerah yang terjejas iaitu Segamat, Tangkak dan Muar berkurangan kepada 2,423 orang berbanding 3,174 orang pada 4 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata sebanyak 4 PPS di Segamat dan satu PPS di Tangkak ditutup selepas 751 mangsa daripada 186 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di Sarawak, jumlah mangsa di daerah Beluru, Miri menurun kepada 1,828 orang daripada 8 rumah panjang melibatkan 223 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,411 mangsa pada 5 petang tadi.
Di Perak, sebanyak 467 orang banjir masih ditempatkan di 6 PPS setakat 9 malam ini berbanding 487 orang petang tadi.
Jumlah mangsa paling ramai masih di Hilir Perak iaitu 228 orang diikuti Manjung (218) dan Larut Matang (41).
Di Kelantan, mangsa banjir berkurangan kepada 154 berbanding 184 orang petang tadi, kesemua mangsa ditempatkan di 5 PPS.
Di Selangor, mangsa banjir berkurangan kepada 228 orang berbanding 259 orang petang tadi di 3 PPS di Sabak Bernam.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir kembali bertambah kepada 7,187 orang yang ditempatkan di 110 PPS berbanding 6,519 orang petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata daerah Temerloh mencatatkan jumlah paling ramai dengan peningkatan mendadak kepada 3,117 orang daripada 776 keluarga berbanding 2,056 orang daripada 513 keluarga petang tadi. #sumber
Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri
Sekianlah artikel Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/kes-banjir-mangsa-meningkat-di-pahang.html
0 Response to "Kes Banjir: Mangsa Meningkat Di Pahang, Tetapi Menurun Di Lima Negeri"
Posting Komentar