Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang

Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang
link : Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang

Baca juga


Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang

KUALA LUMPUR: Pembangkang hari ini membangkitkan kegusaran terhadap Dr Zakir Naik dengan mempersoal apakah kerajaan Malaysia akan menghantar balik pendakwah terkenal dari India itu.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mendakwa wujud kerisauan terhadap ucapan keagamaan Zakir yang sebelum ini pernah mencetuskan tragedi berdarah di Dhaka, India.

"Sudah ada bendera merah, ada tindakan dari kerajaan India. Maka saya hendak bertanya apakah kerajaan akan bekerjasama dengan India untuk menghantar balik seseorang seperti ini ke India?

"Esok-esok jika dari Malaysia ada orang yang sama (seperti Zakir) lari ke India, apa yang akan terjadi?," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kulasegaran juga mempersoal bagaimana Zakir boleh mendapat layanan istimewa termasuk khidmat polis pengiring untuk mengadakan ceramah keagamaan.

"Ada viral satu video dimana dia (Zakir) mendapat layanan VVIP, polis pengiring ke mana-mana di dalam negara ini, sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pula telah ditarik kembali khidmat polis pengiring.

"(Bagaimana) seseorang yang sedang dicari oleh kerajaan India dan polis antarabangsa (Interpol) untuk diambil tindakan ke atasnya tetapi Malaysia 'simpan' dan berikan bermacam-macam keistimewaan," ujarnya lagi.

Naib Presiden DAP itu turut membidas layanan kerajaan Malaysia kepada pendakwah berkenaan, yang didakwanya berat sebelah berbanding kumpulan pendakwah agama yang lain.

"Adakah kerana dia adalah Dr Zakir Naik, Umno dan parti-parti lain memerlukan sokongan dia, maka ada satu undang-undang untuknya dan orang lain?

"Ini adalah pemikiran yang cacat. Apabila sami-sami dari India datang ada pula sekatan kepada mereka," dakwa Kulasegaran.

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud layanan istimewa diberikan negara ini terhadap Zakir, malah pemantauan terhadap aktiviti ceramah agamanya sering dilakukan.

Zahid berkata Zakir tidak pernah melanggar undang-undang di negara ini maka tidak ada alasan dari segi peruntukan perundangan untuk menahan dan menangkapnya.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan kerajaan tidak menerima permintaan rasmi daripada kerajaan India berhubung dakwaan keganasan membabitkan Zakir.

Untuk rekod pada April, Zahid memaklumkan kerajaan memberikan status pemastautin tetap (PR) kepada Zakir sejak lima tahun yang lalu.

Ujarnya Malaysia tidak boleh menyiasat Zakir namun negara lain yang mempunyai hubungan dan perjanjian dengan kerajaan negara ini boleh menggunakan kaedah memohon bantuan perundangan bersama (MLA).

Zakir sebelum ini amat dikehendaki pihak berkuasa India atas beberapa tuduhan jenayah seperti aktiviti keganasan dan pengubahan wang haram.


Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang

Sekianlah artikel Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/adakah-kerajaan-akan-hantar-balik-zakir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adakah kerajaan akan hantar balik Zakir Naik?, soal pembangkang"

Posting Komentar