Judul : PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF
link : PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF
PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF
PETALING JAYA: Berikutan pendedahan dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) tentang Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada era 1980-an, PAS menggesa pihak berkuasa memulakan siasatan baru terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff (foto) berkata maklumat dalam dokumen tersebut tidak boleh dipandang ringan.
“Lebih utama bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid sendiri mendakwa tiada siasatan dilakukan walaupun kerugian dialami negara amat besar iaitu AS$10 bilion (RM44.32 bilion),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, beliau mendesak kertas siasatan baru dibuka terhadap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera.
Skandal pada era 1980-an itu kembali diperkatakan ekoran pendedahan dokumen CIA selepas tidak lagi diklasifikasikan sebagai sulit, minggu lalu.
Dokumen itu mendakwa walaupun tiada “kaitan terus” dapat disahkan antara Dr Mahathir dengan skandal itu, tetapi ia tetap menjejaskan pentadbiran beliau ketika itu.
Nurul Islam berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar tidak memburukkan lagi integriti dan kewibawaan negara yang terjejas dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan kepada mereka yang terlibat jika didapati bersalah.
“Kekotoran lalu mesti dibersihkan. Hak pihak teraniaya dapat dikembalikan dan sistem negara yang ternoda dapat dipulihkan kembali ke landasannya,” katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran di sebalik skandal yang didakwa berlaku sepanjang dua dekad pentadbiran Mahathir.
Skandal BMF menyaksikan kerajaan ditimpa kerugian besar dalam masa singkat selepas syarikat Carrian Group diisytiharkan muflis di Hong Kong.
Dr Mahathir dalam responsnya memetik laporan CIA itu yang menyebut “perdana menteri tidak mempunyai kaitan secara langsung, peribadi atau apa cara sekalipun, dengan isu BMF”.
“Pengakuan itu boleh didapati pada muka surat 4 laporan itu di bawah tajuk ‘Menilai Kesan Politik’, yang menyatakan: ‘Sehingga kini hubungan langsung antara (Dr) Mahathir dan rasuah di BMF tidak dapat dipastikan…’,” kata Dr Mahathir di blognya pada 26 Januari lalu. #sumber
PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF
Sekianlah artikel PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pas-gesa-pihak-berkuasa-siasat-kaitan.html
0 Response to "PAS Gesa "Pihak Berkuasa" Siasat Kaitan Dr M Dengan Skandal BMF"
Posting Komentar