Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat

Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat
link : Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat

Baca juga


Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat


Usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dari jawatan Menteri Besar Pahang ternyata gagal, biar pun tanda-tanda yang menjurus ke arah itu semakin menampakkan kenyataan. 

Sebelum ini terdengar "berita panas" tentang usaha pihak terbabit untuk menurunkan Adnan secara terhormat, ketika beliau berada di luar negera. Khabarnya ada majlis dan watikah perlantikan Menteri Besar Pahang yang baru telah dipersetujuai oleh Putrajaya. 

Namun, usaha tersebut ternyata menemui jalan buntu kerana gagal mendapat restu dari "Istana Pahang". Bahkan, majlis berkenaan juga telah sedia diadakan dan heboh diperkatakan bahawa Pahang akan bertukar kepimpinan.

Ternyata Adnan Yaakub, masih diperlukan oleh rakyat Pahang kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh semua pihak. Mahu atau tidak, Pahang perlu kekalkan Adnan sehingga ke satu masa yang akan ditentukan kelak. Soalnya, bila? Hanya takdir penentu segalanya.

Soalnya sekarang, bagaimanakah hubungan Adnan dengan pihak-pihak yang cuba menjatuhkan beliau secara terhormat itu gamaknya?. Terdapat perkabaran dari Wisma Sri Pahang, hubungan MB dengan pihak-pihak yang berkenaan kini semakin dingin. Apa tidaknya usaha terancang dilakukan ketika Adnan diluar negara. 



Bayangkan, jika usaha tersebut berjaya. Maka, sudah pasti Adnan bakal menjadi mangsa. Kenapa pihak terbabit tidak mahu tunggu sehingga Pilihanraya Umum Ke-14 untuk menukarkan tampuk kepimpinan UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang?. Bukankah Adnan sudah memberi mesej jelas bahawa beliau mahu mengundur diri dan tidak mahu menjadi calon pada PRU akan datang. Maka, pihak terbabit sepatutnya bersabar dan setia  menanti. 

Tindakan untuk menjatuhkan MB ketika beliau berada diluar negara adalah satu pekerjaan yang tidak wajar sebenarnya. Ia pasti akan mewujudkan konflik dalaman yang lebih kritikal andainya usaha tersebut berjaya baru-baru ini. 

Maka kini, Adnan selesa untuk terus mentadbir bumi Pahang Darul Makmur sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukankan kelak. Biar pun ada "Wahyu Dari Putrajaya" yang menggantikan Adnan dengan  calon pilihan mereka, namun usaha tersebut ternyata akan gagal jika tiada restu di Pekan, kawasan parlimen Najib sendiri sebenarnya. 



Kegagalan menukarkan Adnan ternyata meningkatkan lagi sokongan terhadap beliau sebenarnya. Malah, semua wakil rakyat UMNO BN Pahang, sebulat suara akhirnya menyatakan sokongan secara terbuka untuk Adnan terus menerajui Pahang. Ini maknanya, sokongan terhadap Adnan untuk kekal sebagai MB pula meningkat gara-gara "kontroversi" yang melanda.

Justeru, langkah terbaik ialah kekalkan Adnan jika tidak mahu sesuatu yang lebih kontroversi melanda politik UMNO BN di Pahang pada PRU-14 nanti. Buat MB Pahang, selamat meneruskan perjuangan yang belum selesai. #pdonews


Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat

Sekianlah artikel Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/usaha-menukar-mb-pahang-gagal-sokongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Usaha Menukar MB Pahang Gagal, "Sokongan" Terhadap Adnan Pula Meningkat"

Posting Komentar