Judul : SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO
link : SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO
SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO
PETALING JAYA: MCA menggesa Umno mengambil tindakan terhadap Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun kerana “menggugat masyarakat dan pendidikan Cina”.
Ini berikutan amaran Khairul kepada kaum China tentang implikasi jika mereka terus menjauhi Barisan Nasional (BN).
Khairul berkata, ia mungkin menyebabkan Putrajaya didesak agar memberi kurang perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau menghapuskan institusi itu sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Leong Kim Soon berkata ucapan Khairul, yang dibuat pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno semalam, menunjukkan beliau tidak menyedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan pengekalan sekolah Cina.
Leong berkata Najib, yang juga presiden Umno, pada mesyuarat agung MCA ke-63 berkata, kerajaan akan bekerjasama rapat dengan parti berasaskan kaum Cina untuk membina lebih banyak sekolah jenis Cina atau SJKC.
“Jika Khairul tidak memahami apa dimaksudkan perdana menteri, beliau dan ahli Pemuda lain boleh bertanya kepada perdana menteri,” katanya sambil menambah ia menunjukkan sikap tidak hormat Khairul terhadap Najib.
“Umno perlu mengambil tindakan ke atas beliau supaya berhenti membuat kenyataan ekstrem mengenai orang Cina.” #sumber
SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO
Sekianlah artikel SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/su-agong-pemuda-mca-beri-amaran-kepada.html
0 Response to "SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO"
Posting Komentar