Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM

Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM
link : Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM

Baca juga


Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM



PETALING JAYA: Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya, hari ini.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui dua syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.
“Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan”, katanya.

SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga.

Ia kemudian diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB. #sumber


Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM

Sekianlah artikel Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/bersara-awal-dek-kerana-kecewa-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM"

Posting Komentar