Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST

Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST
link : Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST

Baca juga


Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST



Roketkini.com

IPOH: Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu meringankan beban hidup rakyat yang meningkat angkara pelaksanaan cukai GST?

Menyangkal persoalan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata BR1M cumalah satu kaedah dilaksanakan UMNO Barisan Nasional bagi mengaburi mata rakyat, terutama apabila isu kos hidup rakyat miskin kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

“BR1M tidak dapat mengatasi peningkatan beban hidup disebabkan GST.

“Sebilangan besar rakyat berpendapatan rendah kurang menyedari bahawa jumlah kutipan cukai GST adalah jauh lebih besar berbanding pemberian BR1M,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, hasil kutipan GST bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion, manakala anggaran kutipan GST bagi tahun 2016 berjumlah RM38.5 bilion.

Sebaliknya, pemberian BR1M hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM5.4 bilion bagi kedua-dua tahun tersebut.

“Oleh itu, dianggarkan hanya lebih kurang 14 peratus daripada GST dipulangkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui BR1M pada tahun ini.

“Selebihnya iaitu 86 peratus daripada kutipan GST menjadi pendapatan tambahan kepada kerajaan. Saya melihat ini sebagai satu penindasan terhadap golongan miskin dengan penuh licik sekali,” ujarnya. – Roketkini.com



Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST

Sekianlah artikel Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/peruntukan-br1m-kepada-rakyat-cuma-14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST"

Posting Komentar