Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5

Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5
link : Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5

Baca juga


Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5

SHAH ALAM: Umno meminta rakyat negara ini memaafkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul dalam video kempen BERSIH 5 di laman sosial, semalam.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata orang ramai perlu memaafkan negarawan itu berikutan usianya hampir mencecah seratus tahun.

"Lebih baik maafkan saja dia yang sudah berusia 91 tahun itu. Apa nak kata, biarkanlah dia," katanya ketika ditanya pemberita.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin berkata, tindakan Mahathir itu bukanlah satu contoh yang baik kepada generasi akan datang.

"Apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir adalah untuk kepuasan diri sendiri. Ini bukan satu ikutan yang baik untuk generasi muda dan seharusnya dicontohi dengan nilai-nilai yang baik.

"Tindakan Tun Mahathir bukan sesuatu yang contoh dan budaya yang baik kepada generasi hari ini," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Dr Mahathir, tiga hari sebelum berlangsungnya BERSIH 5 tampil berkempen untuk himpunan jalanan itu.

Beliau menyeru rakyat untuk turut serta dalam himpunan itu dan mendesak agar Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir menambah, himpunan itu perlu disokong bagi menggantikan kepimpinan negara yang kini dalam keadaan tenat selepas dipalit isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri," katanya dalam video berdurasi 1 minit 37 saat itu.

Dr Mahathir sebelum ini merupakan individu paling lantang menentang himpunan BERSIH yang ditubuhkan oleh peguam dan juga aktivis sosial, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Namun, beliau akhirnya membuat pusingan U apabila membuat penampilan ringkas di perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos tahun lalu.

Tindakannya itu dibuat selepas pelbagai cara yang dilakukannya untuk menjatuhkan Najib, menemui jalan buntu.

Dr Mahathir juga gagal mendapat sokongan pemimpin Umno untuk memenuhi agendanya menyingkirkan perdana menteri.

Kemuncak kepada usaha Dr Mahathir itu, beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyatakan kesediannya bersama dengan parti pembangkang yang lain untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5

Sekianlah artikel Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/umur-pun-sudah-91-maafkan-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umur pun sudah 91, maafkan Mahathir berkempen untuk BERSIH 5"

Posting Komentar