Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib

Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib
link : Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib

Baca juga


Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib

Tiada istilah muflis atau bankrap dalam kamus ekonomi Malaysia.

Tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini kerana Malaysia telah diiktiraf berada dalam rating A selepas beliau menghadiri mesyuarat APEC di Peru baru-baru ini.

“Macam mana kita di rating A kata kita bankrap? Pengiktirafan itu bukan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, bukan dibuat oleh DAP, bukan dibuat Mat Sabu, maharaja lawak.

Mana logiknya kita berada dalam kumpulan muflis? Yang lain tu apa hal? Jelas disini istilah muflis jauh sekali malah tidak ada dalam kamus ekonomi Malaysia,” katanya dalam ucapan dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Mengulas lanjut lonjakan ekonomi itu ditambah pula dengan hasil daripada lawatannya ke Jerman dimana perjanjian telah dimeterai pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit melalui syarikat Osram.

Selain itu, melalui lawatan ke China pula, Malaysia telah mencipta sejarah apabila berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai hampir 144 bilion ringgit, yang mana akan memberikan pulangan lumayan kepada negara.

“Ini semua hasil usaha siapa? Kalau bukan inisiatif Kerajaan yang diinduki dan dipimpin oleh UMNO.

“Namun demikian, ada juga segelintir pihak yang tak suka dengan apa pun yang telah kita lakukan. Bila tiada pelaburan, mereka kata kita gagal. Bila kita bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gadai negara.

“Tuduhan mengatakan Malaysia akan bankrap, amatlah tidak berasas dan dusta semata-mata,” tambahnya.

Dalam masa yang sama Najib turut membidas dakwaan banyak pihak yang menyatakan kerajaan zalim pilihanraya tidak telus dan menindas rakyat.

“Pimpinan UMNO dan pihak Kerajaan sendiri telah dipertimpa dengan bermacam-macam lagi tuduhan oleh pihak yang penuh dendam kesumat, menghasut rakyat bagi menjatuhkan Kerajaan.

“Merujuk kepada isu zalim, saya telah meminta pandangan para bijak pandai dan alim ulama berkaitan apakah yang difahami tentang maksud tafsiran zalim.

“Sebarang tohmahan yang tidak berasas, seperti tuduhan zalim kepada seseorang atau pemimpin itu bukan satu hal yang ringan, sebaliknya ia adalah satu perkara yang dipandang berat di sisi agama dan Haram hukumnya,”tambahnya.

Namun katanya, dakwaan ‘zalim’ yang dilemparkan terhadap kerajaan adalah tidak bertepatan berikutan beberapa bantuan dan kebajikan yang diberikan kepada kerajaan.

“Adakah zalim sebuah Kerajaan yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat, sehingga kita mampu menyediakan Pusat Khidmat Sehenti atau UTC yang beroperasi 7 hari seminggu, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam?

“Malahan, untuk rawatan pesakit, segalanya pun hampir percuma di hospital Kerajaan dengan peruntukan Bajet tahun 2017 sahaja menjangkau kira-kira RM25 bilion,” ujarnya.

Dalam ehwal pendidikan, Najib berkata bermula dari peringkat pra-sekolah, rendah sampai ke menengah semuanya hampir percuma dan di universiti-universiti awam pula lebih kurang 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan dengan anggaran belanja keseluruhan lebih RM56 bilion.

“Saya nak tanya, mana ada negara dalam dunia, yang Kerajaannya mampu menyediakan perkhidmatan sebegini?

“Mana ada? Melainkan, Kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional,” ujar Najib.


Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib

Sekianlah artikel Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pengiktirafan-ekonomi-negara-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengiktirafan ekonomi negara bukan dibuat pembangkang, sindir Najib"

Posting Komentar