Judul : BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB
link : BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB
BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB
Semakin hari semakin ramai penjawat awam yang menduduki kerusi tertinggi sesebuah badan atau agensi berjaya dicekup berhubung salahlaku rasuah.Status 'Datuk' bukan lagi satu nama yang dipandang mulia setelah intergriti penerimanya dipalit dengan kegiatan terkutuk.
Hari ini, seorang pegawai kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan negeri Melaka.
Lelaki berusia 55 tahun yang juga merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurut laporan media tempatan, suspek disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT. Dalam masa sama SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi
wang bernilai jutaan ringgit.
Tahniah kepada pihak SPRM dan mereka yang terlibat dalam usaha membanteras gejala rasuah.
Malaysia hari ini kelihatan benar-benar memerangi gejala rasuah tanpa mengira kedudukan, latarbelakang dan bangsa.
Apatah lagi jika ia membabitkan pegawai kerajaan atau penjawat awam. Apa lagi hendak diperkatakan jika orang yang diharapkan menjadi contoh gagal menunjukkan tauladan yang baik.
Ia tidak ubah seperti perumpamaan, 'harapkan pegar, pegar makan padi.'
Rasuah tidak mengenal fahaman politik. Ia adalah masalah individu. Begitu juga kes di Pulau Pinang. Walaupun tertuduh tidak bergelar Datuk tetapi jawatannya sebagai Ketua Menteri adalah
sesuatu yang cukup mengecewakan masyarakat.
Sekali lagi, rasuah tidak mengenal siapa. Terjadinya rasuah apabila seseorang individu itu kabur mata dengan keduniaan dan kebendaan sehingga sanggup membuat perkara terkutuk.
Jadi, mana-mana individu diharapkan agar menjaga hawa nafsu dan jiwa dengan sebaik mungkin. Jauhilah diri daripada gejala rasuah kerana ia adalah sesuatu yang memudaratkan bukan
sahaja kehidupan anda tetapi juga orang disekeliling anda.
BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB
Sekianlah artikel BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/bersihkan-penjawat-awamsokong-100.html
0 Response to "BERSIHKAN PENJAWAT AWAM...SOKONG 100% SYABAS DIBAWAH NAJIB"
Posting Komentar