Judul : Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat
link : Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat
Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim hari ini menolak pandangan kumpulan bekas penjawat awam G25 terhadap “serbuan” bagi kes khalwat yang dilakukan di negara ini.
Haris secara sinis memberi gambaran yang pandangan wakil NGO itu berbeza kerana mereka berlainan disiplin dan pemahaman ilmu.
“Saya tak nak komen hal ini. Beliau buku lain, saya buku lain. Kitab yang kami baca tak sama, macam mana nak bertemu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim yang menyatakan cara jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat hari ini keterlaluan berbanding Arab Saudi atau negara Teluk lain.
Sheriff menegaskan, malah Arab Saudi, negara yang merupakan tanah suci bagi umat Islam, mengeluarkan garis panduan tegas terhadap had kuasa polis moral daripada mengganggu dan menangkap orang Islam.
“Arahannya adalah polis moral tidak boleh bertindak sesuka hati dan sebaliknya, perlu menasihati mereka yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang moral untuk berubah dan bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan.
Komen beliau adalah susulan kematian dan kecederaan dua anggota polis yang bertindak terjun bangunan untuk melarikan diri daripada serbuan Jais baru-baru ini.
Sementara itu dalam satu kenyataan, kumpulan hak Melayu Perkasa membidas Sheriff dan menimbulkan keraguan mengenai dakwaan beliau mengenai kurangnya polis moral di negeri Arab berhubung khalwat.
Kumpulan itu berkata hanya kerana orang Melayu di negeri Arab tidak tertakluk kepada serbuan khalwat, ia tidak bermakna tindakan Jais perlu ditolak.
“Kami juga ingin tahu ulama mana yang berkata serbuan khalwat tidak Islamik seperti didakwa Sheriff. Tolong jelaskan ini.”
“Tindakan pihak berkuasa agama tidak bertujuan untuk menghukum, tetapi mencegah.”
Perkasa juga menggesa Sheriff membuktikan dakwaannya yang hanya golongan kaya dan berkuasa terlepas “daripada dosa besar” kerana pihak berkuasa agama menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Kumpulan itu membidas dakwaan Sheriff yang undang-undang khalwat boleh dieksploitasi sesetengah pihak yang berdendam untuk menyelesaikan masalah mereka di kalangan orang Islam.
“Kami menggesa G25 lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan. Fikir dahulu sebelum bercakap.” #sumber
Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat
Sekianlah artikel Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pengarah-jais-pertahankan-cara-jabatan.html
0 Response to "Pengarah JAIS Pertahankan Cara Jabatan Agama Mengendali Kes Khalwat"
Posting Komentar