Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !

Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !
link : Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !

Baca juga


Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi Isnin apabila mangsa mahu menaiki penerbangan ke Macau pukul 10 pagi.

"Dia memberitahu penyambut tetamu di balai berlepas bahawa seseorang menariknya dari belakang dan menyimbah cecair pada wajahnya.

"Dia meminta bantuan daripada penyambut tetamu dan segera dihantar ke klinik lapangan terbang itu. Ketika itu, dia mengalami sakit kepala dan mahu rebah," katanya ketika dihubungi.

Fadzil berkata, mangsa kemudiannya diserang sawan secara tiba-tiba di klinik.
"Dia telah diletakkan di tempat usung dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

"Kita telah mulakan siasatan awal berhubung perkara itu," katanya.

Beliau menambah, polis akan menyiasat pergerakan mangsa di Malaysia dan individu yang ditemuinya dalam negara.

"Kita turut menerima permintaan daripada Kedutaan Korea Utara berkenaan mayat.
"Bagaimanapun, kita akan melakukan bedah siasat sebelum memberikan mayat itu," katanya.

Difahamkan, bedah siasat terhadap Kim yang berada di negara ini sejak 6 Februari lalu akan dijalankan pada Rabu.

Laporan media menyatakan polis sedang memburu sekurang-kurangnya dua wanita dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.

Rangkaian kabel televisyen Korea Selatan, TV Chosun berkata, Jong-nam diracun di KLIA2 oleh dua wanita dipercayai merupakan perisik Korea Utama yang masih bebas.

Jong-nam dan Jong-un merupakan anak lelaki kepada bekas pemimpin, Kim Jong-il yang meninggal dunia pada akhir 2011, tetapi berlainan ibu. #sumber



Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !

Sekianlah artikel Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/polis-sahkan-abang-tiri-pemimpin-korea.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Sahkan Abang Tiri Pemimpin "Korea Utara", Di Bunuh Di KLIA2 !"

Posting Komentar