Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban

Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban
link : Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban

Baca juga


Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
NILAI: Umpama jatuh ditimpa tangga buat Maulud Wahid yang sedang menguruskan jenazah abang iparnya apabila diberitahu rumahnya dihempap papan iklan yang mencederakan anak perempuannya di Kampung Telegong, di Seremban semalam.
 
Maulud, 44, yang ketika itu berada di Hospital Tuanku Jaafar berikutan kematian abang iparnya, terpaksa bergegas pulang selepas dimaklumkan Diana Athira, 17, cedera ringan akibat terkena serpihan besi konkrit papan iklan itu.
 
Angin kencang pada jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan papan iklan terletak berhampiran rumah bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu, tumbang menghempap kediaman tersebut ketika mangsa sedang tidur di biliknya manakala empat beradiknya bermain di luar rumah.
 
"Saya hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi anak. Ketika kejadian, isteri saya berada di rumah saudara berdekatan rumah kami.
 
"Selepas dapat panggilan itu, saya terus balik kerana khuatir keselamatan anak-anak yang berada di rumah," katanya.
 
Menurut Maulud, beliau ada membuat laporan mengenai papan iklan tersebut yang baru dinaikkan bulan lalu kerana terlalu hampir dengan rumahnya kepada Majlis Perbandaran Nilai, dua minggu lepas kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.
 
"Anak saya yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Labu tetapi masih mengadu sakit selepas dibawa pulang ke rumah.
 
"Saya akan bawanya ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.
 
Adik Diana, Mohd Haniq Farhan Maulud, 15, berkata beliau tidak sedap hati ketika angin kencang dan sempat menjerit memanggil kakaknya sebelum papan iklan itu tumbang menghempap rumah itu.
 
"Kakak tidak sempat keluar dari rumah. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas," katanya.
 
Seorang jiran Mohd Asri Abdullah, 37, pula berkata mulanya beliau menyangka bunyi petir tetapi apabila menyedari papan iklan itu menghempap rumah jirannya, beliau terus bergegas membantu mangsa.
 
"Saya menyangkakannya bunyi petir, jadi saya keluar rumah untuk memeriksa dan nampak rumah jiran kami telah dihempap papan iklan, lalu memberitahu isteri dan kemudian memberi bantuan," katanya



Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban

Sekianlah artikel Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/papan-iklan-lebuhraya-runtuh-hempap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban"

Posting Komentar