Judul : Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya !
link : Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya !
Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya !
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hari ini “merasmikan” hotel miliknya, Sekin Fisherman Village Hotel & Resort di Sekinchan.
Acara perasmian itu dibuat sehari selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengeluarkan notis perintah tutup dan merobohkan premis itu kerana beroperasi tanpa lesen.
Sewaktu majlis itu, Jamal memotong reben berwarna merah, malah turut menggunting pita sitaan dipasang MDSB dan menanggalkan notis yang ditampal.
“Resort saya hampir 5 tahun beroperasi, belum ada yang merasmikan. Hari ini saya datang buat majlis yang ‘sempoi’, buat perasmian dan membuka semula pita pelekat sitaan yang diletakkan oleh majlis.
“Hari ini dengan rasminya, Sekin Resort Hotel milik keluarga saya dirasmikan dan beroperasi berniaga seperti biasa,” katanya hari ini.
Jamal berkata selepas membeli tanah itu beliau membangunkan kawasan berkenaan yang dulunya dipenuhi dengan hutan, tetapi pada hari ini cukup berbeza.
“Tanah tapak resort itu dulunya tanah bakau. Dulu kawasan itu tidak ada orang nak datang, tetapi sekarang lain. Tipulah kalau kata (Adun Sekinchan) Ng Suee Lim yang majukan,” katanya.
Mengulas mengenai perasmian pada hari ini, Jamal berkata ia dihadiri sahabat dan saudara dari Sekinchan dan Sungai Besar.
“Bagi saya, ini hak saya, tanah saya. Kesalahan saya hanyalah tidak memiliki lesen kerana mereka tidak berikan. MDSB dikawal ahli majlis dan mereka sengaja tidak beri lesen.
“Apa yang mereka buat kerana politik. Saya sudah arahkan peguam saya untuk failkan saman di mahkamah pada Isnin ini,” katanya.
Semalam, MDSB merobohkan 11 unit struktur bangunan deretan yang terbengkalai yang dibina bersebelahan resort itu, selepas notis perintah tutup dihantar pada sebelah pagi.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik resort itu menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Notis juga menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal melakukan kesalahan itu di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan. #sumber
Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya !
Sekianlah artikel Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/meski-pun-diarahkan-tutup-jamal-yunos.html
0 Response to "Meski Pun Diarahkan Tutup, Jamal Yunos Tetap ‘Rasmikan’ Hotelnya !"
Posting Komentar