Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan

Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan
link : Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan

Baca juga


Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan

KUALA LUMPUR: Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) jatuh 4.94% ketika rehat tengah hari, hari ini berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ia tidak lagi mempunyai sebarang pegangan dalam syarikat tersebut.
Pada jam 12.30 tengah hari, saham FGV susut 8sen kepada RM1.54 dengan 6.98 juta saham bertukar tangan. Saham berkenaan bergerak di antara RM1.54 dan RM1.60 sepanjang sesi pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, FGV berkata ia menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli dan menjual saham mengikut keutamaan pelaburan mereka.
“FGV akan meneruskan fokus ke atas perniagaan teras kami, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras bagi menghasilkan pulangan kepada pemegang saham dan memenuhi tanggungjawab kami kepada pemegang saham,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.
Pada Khamis, KWSP berkata ia tidak lagi memiliki sebarang kepentingan dalam FGV dan memberi jaminan kepada ahlinya yang ia mengamalkan standard tadbir urus korporat yang tinggi dalam pelaburannya, dengan dasar mantap mengenai kawalan risiko serta peruntukan aset.
Sementara itu, pelabur berkata di sebalik keadaan itu, operasi perniagaan FGV dijangka stabil dengan disokong harga minyak sawit mentah lebih tinggi yang kini melepasi paras RM3,000 satu tan metrik.
“Sentimen negatif mungkin untuk sementara dan saya percaya harga saham syarikat tersebut akan stabil,” katanya. #sumber


Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan

Sekianlah artikel Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/harga-saham-fgv-menyusut-49-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harga Saham FGV 'Menyusut' 4.9% Selepas KWSP Lupuskan Pegangan"

Posting Komentar