Judul : Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi
link : Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi
Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi
SHAH ALAM: Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu gangguan bekalan air.
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, turut membawa bersama gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.
Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada pukul 9.40 pagi Rabu, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor itu.
Jamal memberitahu wartawan yang berada di lokasi bahawa beliau tidak mandi selama dua hari.
"Saya hanya mahu menumpang mandi di sini.
"Saya tidak faham mengapa mereka tidak benarkan saya masuk," katanya yang membidas pentadbiran negeri Selangor kerana gagal menangani masalah air.
Ketika ditanya di mana beliau akan mandi selepas ini, Jamal berkata beliau bercadang untuk pergi ke KLCC ketika masih dalam keadaan bertuala. #sumber
Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi
Sekianlah artikel Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/isu-air-jamal-yunos-bertuala-ke.html
0 Response to "Isu Air: Jamal Yunos Bertuala Ke Bangunan SUK Selangor Pagi Tadi"
Posting Komentar