AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB

AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB
link : AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB

Baca juga


AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB

PUTRAJAYA: Amanah hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak supaya skandal 1MDB disiasat semula.
Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan setiausaha agung parti itu, Anuar Tahir di ibu pejabat SPRM di sini, petang tadi.
Salahuddin berkata ada banyak bukti baharu berhubung kes itu, selepas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali Januari lalu memutuskan Datuk Seri Najib Razak tidak membuat sebarang kesalahan berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Apandi ketika itu berkata wang itu sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi, sementara beberapa pihak lain mendakwa ia sebenarnya daripada 1MDB.
Salahuddin berkata ia disusuli pula dengan saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dan tindakan mahkamah di Singapura dan Abu Dhabi terhadap individu yang disyaki terlibat.
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Singapura pada November yang menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada bekas pegawai Bank BSI Yak Yew Chee, yang menguruskan akaun milik Jho Low berkaitan 1MDB, atas pertuduhan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan.
Menurut laporan International Business Times pada 19 Ogos pula, pihak berkuasa Abu Dhabi menahan hartawan Khadem Al Qubaisi kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan berkaitan 1MDB.
“Dengan bukti baharu ini, wajar untuk siasatan diteruskan. SPRM perlu mendapatkan dokumen dan keterangan semua saksi penting termasuk perdana menteri,” kata Salahuddin pada sidang media selepas penyerahan memorandum.
Salahuddin berkata beliau sedar dengan kekangan SPRM yang tidak memiliki kuasa untuk mendakwa.
“Maka Amanah akan membawa isu kuasa pendakwaan ini ke mesyuarat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar ia dimasukkan ke dalam manifesto.
“Ini bagi membolehkan SPRM kembali menjadi badan berintegriti dan memiliki kuasa diperlukan untuk menjalankan tugas.
“SPRM tanpa kuasa, peguam negara boleh bertindak mengikut kemahuan dan eksekutif juga boleh masuk campur,” katanya yang pernah menganggotai panel SPRM pada 2009 hingga 2013. #sumber


AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB

Sekianlah artikel AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/amanah-serah-memorandum-gesa-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AMANAH Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Semula 1MDB"

Posting Komentar