Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…

Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…
link : Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…

Baca juga


Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…

Sejak bersalam dengan Lim Kit Siang yang bersetuju dengan deklarasi yang tidak memberi sebarang kesan dan sia-sia, ‘dia’ cukup sayang dengan DAP. Malah jika sesiapa yang cuba menghentam DAP, maka individu itu bakal menjadi seteru ‘warga emas’ itu.

Sayang sungguh dia pada DAP sekarang. Setelah berikrar mahu menjatuhkan parti yang menjulangnya lebih 22 tahun sebelum ini, dia rela imej cemerlangnya rosak begitu saja. Mungkin itulah yang dikatakan politik ‘matlamat yang menghalalkan cara’…

Tidak perlu penulis imbas kembali apa yang dia pernah sebut tentang DAP. Bukan hanya sekadar mengecam dan mengutuk keras, malah parti ‘chauvinis ultra kiasu’ itu juga pernah berdepan tindakan yang menghumban pemimpinnya ke penjara.

Walau sudah tidak lagi berkuasa, dia juga tidak henti-henti menyerang DAP sebelum ini. Namun sekarang, segalanya sudah bertukar 360 darjah. Dari seorang yang dikenali konon sebagai ‘ultra-Melayu’, dia kini begitu gah bertukar menjadi ‘ultra-DAP’…

Kerana apa dia sanggup menjahanamkan reputasinya hingga sebegitu rupa? Dia pun rasanya sedar bahawa DAP pun bukannya suka sangat padanya. Tapi hanya disebabkan ‘satu matlamat’ yang sama, dia sanggup ‘menjilat kahaknya’.

Pada pandangan penulis, adalah sangat tidak logik bagi seorang yang terlalu tebal ‘negarawan’nya untuk tunduk pada DAP. Walau bertujuan untuk jatuhkan Perdana Menteri, seorang pejuang Melayu tidak mungkin bersekongkol menjalin hubungan politik dengan parti berkenaan.

Kita sejak dari dulu pun kenal dengan DAP dan segala tindak-tanduknya. Tidak perlu dia atau mana-mana pemimpin UMNO mengecam parti itu pun, kita pun sedar tentang perjuangan politik DAP dan tindakannya terhadap Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu serta Tanah Melayu.

Bukan hanya UMNO, malah PAS pun kenal dengan DAP dan segala perbuatannya sebelum ini. PAS yang pernah ‘bermain api’, hampir terbakar hangus dikerjakan parti tersebut. Tapi kini dia bawa ‘bunga raya’ dan menyerahkan ‘leher’ pada rejim DAP?

Apakah dia fikir DAP tunduk pada segala kemahuannya? Apakah dia fikir senyum tawa DAP di depannya itu melambangkan sesuatu yang positif kepada agama, bangsa dan negara? Apakah dia tidak kenal lagi DAP selepas berstatus ‘warga terlalu emas’?

Penulis yakin dia masih sedar dan tahu siapa DAP. Walau dikatakan sudah ‘nyanyuk’, penulis percaya dia tidak senyanyuk yang disangka. Tapi dia terpaksa barangkali. Tanpa DAP, tidak mungkin ‘pokok bunga raya’ akan hidup…

Ketika PKR ‘lahir’ dulu, DAP yang dicari. Tanpa DAP, penulis yakin PKR pasti sudah lama ke ‘liang lahad’. PAN juga begitu. Tanpa DAP, siapalah PAN, bukan? Pengalaman di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menceritakan segalanya.

Mungkin kerana itulah maka dia terpaksa tunduk pada DAP. Demi mempertahankan ego ‘tidak mahu kalah’, dia sanggup lakukan apa saja. Apatah lagi jika ia melibatkan survival politik anak dan bisnes kroni, maka penulis yakin dia tidak punya pilihan lain.

Jadi, kita biarkan saja dia dan ‘bunga raya’nya terkulai ‘layu’ nanti. Tidak perlu dihina mereka yang sememangnya menghina diri sendiri. Rakyat Malaysia bukannya semua bodoh seperti yang mereka sangkakan. Bila tiba masanya, tidak mustahil UMNO juga yang akan dicari nanti…


Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…

Sekianlah artikel Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tak-payah-hina-mereka-yang-hina-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tak Payah Hina Mereka Yang Hina Diri Sendiri…"

Posting Komentar