Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib

Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib
link : Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib

Baca juga


Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar.

"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, usaha Dr Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.

Sehubungan itu, Najib berkata, Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

Waktu Dr Mahathir jadi Presiden Umno, orang yang sama duduk keliling dia pada Isnin mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape', video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.

"Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya," kata Najib.

Ketika diminta berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata :"Saya dah faham dengan pemimpin seperti Dr Mahathir, kaedah dan mesej (yang beliau gunakan)".

Selain itu, Najib berkata, sokongan padu daripada anggota parti selain Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

"Saya lihat parti PAS pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan Bajet 2017, PAS tidak menyokong pembangkang (Pakatan Harapan) menolak bajet," katanya. - Bernama


Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib

Sekianlah artikel Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dr-mahathir-pemimpin-super-ego-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir Pemimpin 'Super Ego' - Najib"

Posting Komentar