UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember

UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember
link : UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember

Baca juga


UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember

Dua parti utama orang orang Islam di Malaysia, UMNO dan PAS akan bersama-sama dalam satu lagi perhimpunan bersejarah untuk menyatakan bantahan terhadap isu penindasan orang Islam di Rohingya Myanmar.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama kedua-dua parti tersebut bergabung tenaga atas isu kemanusian antarabangsa.

Kedua-duanya pernah berkerjasama dalam isu Palestin dan perang Iraq.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, satu perhimpunan besar-besaran dirancang bagi menzahirkan keprihatinan Malaysia berhubung isu Rohingya.

Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan PAN supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak.

“Kita ketepikan perbezaan politik dan sebagai umat Islam kita berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam kita di Myanmar,” katanya.

Beliau berucap merasmikan majlis Malam Jalinan Kasih Suluh Budiman anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), malam tadi.

Ahmad Zahid berkata dalam isu Rohingya, Malaysia telah melakukan tindakan melebihi negara lain termasuk memberi anak-anak etnik Rohingya yang lahir di negara ini rekod kelahiran supaya mereka boleh menjalankan kegiatan menimba ilmu mengikut keper­luan mereka.

“Tidak memperkecilkan negara lain, kita telah perlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap isu Rohingya ini kerana sebagai umat Islam kita akan rasa seperti cubit peha kiri peha kanan (turut) terasa, apatah lagi jika mereka ditimpa kesusahan,” katanya.

Beliau menggesa masyarakat Malaysia menyumbang kepada tabung bagi membantu masyarakat Rohingya yang dianiaya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Myanmar bagi menuntut keprihatinannya berhubung dakwaan penindasan terhadap masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.

“Menurut piagam yang ada memang kita tidak boleh mencampuri urusan dalaman negara lain, tetapi kita mahu beritahu bahawa rakyat Malaysia mahu kerajaan Myanmar mengambil langkah prihatin terhadap rakyat Rohingya di Myanmar,” katanya.

Mengenai desakan penarikan semula Hadiah Nobel Keamanan kepada ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan dalam pertemuan 4 Disember ini.

“Jika seseorang yang dianugerah hadiah itu tidak lagi boleh mengekalkan keamanan, ia (pemberian) masih boleh dipertikaikan,” kata beliau.


UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember

Sekianlah artikel UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/umno-pas-sertai-demonstrasi-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO, PAS sertai demonstrasi isu Rohingya 4 Disember"

Posting Komentar