Judul : Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak !
link : Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak !
Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak !
PUTRAJAYA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat percetakan gagal dalam rayuan mereka untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah mereka membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah.
Panel 3 hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara menolak rayuan Mazlan dan memerintahkannya membayar kos RM10,000.
Dua lagi hakim ialah Datuk Zamani A. Rahim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Hasnah, yang menyampaikan keputusan penghakiman, berkata hakim Mahkamah Tinggi mengamalkan prinsip betul apabila beliau mendapati tidak terdapat persetujuan secara muktamad antara pihak yang terlibat dalam saman itu untuk direkodkan sebagai penghakiman persetujuan.
Katanya, oleh kerana ia surat “tanpa prejudis” yang dihantar kepada Felda, maka rundingan masih terbuka dan pihak terlibat masih bebas untuk berbincang tentang penyelesaian atau meneruskan perbicaraan.
“Undang-undang secara jelas menyebut surat yang ditulis ‘tanpa prejudis’ tidak boleh diterima sebagai bukti rundingan cuba diadakan,” katanya, dan menambah pada 10 Disember 2014, pihak terlibat, melalui peguam cara masing-masing, mencuba menyelesaikan pertikaian dan terdapat surat menyurat antara peguam cara kedua-dua pihak.
Hasnah berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengendalikan perbicaraan dalam perbicaraan untuk menentukan sama ada terdapat persetujuan secara muktamad antara kedua-dua pihak bagi merekodkan penghakiman persetujuan berdasarkan surat bertarikh 12 Disember 2014.
Katanya, hakim Mahkamah Tinggi meneliti surat berkenaan dan mendapati tidak wujud persetujuan secara muktamad antara pihak berkenaan dan penyelesaian tidak dicapai kerana pengerusi Felda tidak bersetuju dengan syarat penyelesaian yang dicadangkan.
Pada 29 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan tuntutan Felda dan memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd membayar Felda RM350,000 sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teruk.
Felda menyaman Mazlan, 50, dan Angkatan Edaran Enterprise kerana memfitnahnya melalui buku yang diterbitkan pada 2008, dengan mendakwa kandungan buku itu berniat jahat serta bertujuan merosakkan nama baik dan imejnya di mata orang ramai.
Dalam kenyataan bela dirinya yang difailkan pada 14 September 2009, Mazlan berkata sebagai anak peneroka, dia mempunyai kepentingan dalam mendedahkan sebarang salah laku atau kesalahan dalam operasi dan pentadbiran Felda, manakala rakyat khususnya peneroka di negara ini, turut berminat untuk mengetahuinya.
Peguam yang mewakili perayu, Nasar Khan Mirbas Khan, memberitahu pemberita mereka akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. Felda diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid dan Norhazira Abu Haiyan. #sumber
Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak !
Sekianlah artikel Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/saman-fitnah-felda-rm350000-rayuan.html
0 Response to "Saman Fitnah Felda "RM350,000", Rayuan Presiden ANAK Di Tolak !"
Posting Komentar