Judul : Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan
link : Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan
Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan menafikan viral maklumat palsu mengenai soalan bocor Sejarah Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini didalangi 'orang dalam'."Saya tidak fikir ia adalah perbuatan orang dalam. Saya percaya pegawai-pegawai kementerian saya tidak akan lakukan perkara seumpama itu," kata itu pada sidang media selepas Majlis Anugerah Program Patrol Denggi 2016 di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu viral berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan pelajar yang menduduki SPM 2016 termasuk ibu bapa pelajar, merupakan angkara pihak dalaman.
Kamalanathan berkata, wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu itu pada Jumaat.
Beliau menambah, polis mempunyai keupayaan untuk mengesan siapa individu pertama yang menyebarkan viral berkenaan.
"Jangan risau, individu pertama yang menyebarkan viral ini perlu takut," kata Kamalanathan.
Menurut Kamalanathan, Kementerian Pendidikan sedang memantau sebarang isu viral mahupun dakwaan berkaitan dengan SPM.
"Kita sedang pantau sekarang. Kita ada unit UKK (Unit Komunikasi Korporat), semua Jabatan Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan negeri masing-masing memantau isu-isu ini buat masa sekarang," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia memberi kesan kepada pelajar dan ibu bapa terlibat.
"Sungguh kejam hasrat dia (pelaku). Apabila viral ini dikeluarkan, minda ratusan pelajar dan ibu bapa mula tergugat mengenai adakah ia (dakwaan) benar.
"Tindakan seharusnya dikenakan ke atas individu ini supaya tiada sesiapa akan fikir untuk mereka mesej salah pada masa akan datang," tegas Kamalanathan.
Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berita tentang kebocoran kertas peperiksaan tersebut seperti yang disebarkan melalui media sosial.
Majlis Anugerah Program Patrol Denggi 2016 dianjurkan oleh syarikat global Sanofi Pasteur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Turut hadir Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur (Malaysia, Singapura, Brunei), Baptiste De Clarens.
Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan
Sekianlah artikel Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/viral-palsu-kertas-spm-bocor-bukan.html
0 Response to "Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan"
Posting Komentar