Judul : Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan
link : Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan
Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan
KUALA LUMPUR: Presiden PAS meminta Dewan Rakyat menangguhkan usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
“Ada polemik di kalangan orang ramai walaupun akta itu membabitkan umat Islam dan Majlis Raja-raja.
“Saya akan jelaskan dalam sidang akan datang,” katanya ketika membentangkan usul itu petang ini.
Ahli Parlimen Marang itu memohon untuk menambah hukuman dalam Seksyen 2 akta sedia ada yang juga dikenali sebagai RUU 355.
Ketika ini, akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih 6 sebatan kepada pesalah.
Hadi memohon untuk menggantikan hukuman itu dengan “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan”.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan cadangan Hadi bukannya bacaan pertama, sebaliknya adalah usul.
Bagi membolehkan RUU persendirian dibahas dan diundi ahli Parlimen, Hadi perlu membentangkan usul itu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Ia kemudiannya akan melalui bacaan kedua dan ketiga serta diundi sekali lagi sebelum ia diluluskan sebagai akta di Dewan Negara.
Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kemudiannya bertanya speaker jika kerajaan akan mengambil alih pembentangan terhadap pindaan usul itu.
Ini kerana, kata Mujahid, pada sesi terakhir, tiada perbahasan berlangsung dan ia menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.
Pelbagai pihak termasuk parti komponen BN menolak pindaan usul itu yang dirasakan akan mewujudkan 2 sistem undang-undang di negara ini.
Mereka juga berpendapat ia akan membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Malaysia.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pindaan RUU 355 akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini dan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu. #sumber
Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan
Sekianlah artikel Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/presiden-pas-mohon-ruu-355-di.html
0 Response to "Presiden PAS Mohon RUU 355 Di Tangguhkan Ke Sidang Tahun Depan"
Posting Komentar