Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan

Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan
link : Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan

Baca juga


Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Keputusan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka dimuktamadkan tahun depan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.
“Kita membuat analisa berdasarkan pandangan ahli akademik dalam negara, modul dari negara lain yang boleh diketengahkan dan juga daripada guru berpengalaman.
“Perbincangan baru dilakukan di peringkat kementerian, belum dibawa ke Kabinet. Saya akan maklumkan tahun depan sebab semua pandangan itu sedang dibuat analisa,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen.
Beliau berkata pihaknya masih belum bercadang untuk memansuhkan UPSR dalam waktu terdekat kerana KPM baru saja melaksanakan format baharu UPSR tahun ini.
“Sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, pentaksiran mereka berdasarkan penilaian sekolah termasuk pentaksiran psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tapi sebab kita berorientasikan peperiksaan, kita hanya tengok pada akademik saja dan tidak pada soal lain,” katanya.
Terdahulu ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) semasa menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Mahdzir berkata format UPSR tidak ditukar sewenang-sewenangnya kerana ia diperkenalkan sejak 2010.
Beliau berkata pelajar diberikan persediaan selama 6 tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR format baharu pada tahun ini.
Mahdzir pada 27 Oktober lalu memaklumkan kajian berkaitan cadangan untuk menggantikan UPSR dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah memasuki peringkat akhir.
Katanya sudah sampai masa untuk ujian berorientasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid. #sumber


Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan

Sekianlah artikel Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mahdzir-keputusan-mansuh-atau-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahdzir: Keputusan Mansuh Atau Tidak UPSR, Di Ketahui Tahun Depan"

Posting Komentar