Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi

Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi
link : Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi

Baca juga


Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi


PETALING JAYA: Pendakwah popular Datuk Mohammad Kazim Elias menuntut permohonan maaf daripada seorang ibu yang mendakwa sekolah tahfiznya di Ipoh terlibat dalam penderaan seksual pelajar atau membayar RM8 juta sebagai ganti rugi.

Dalam surat tuntutan bertarikh 18 November, Kazim berkata posting di Facebook yang ditulis oleh wanita berkenaan, bahawa berlakunya 'kes penderaan kanak-kanak di sekolah Maahad Tahfiz di bahagian utara' yang diketuai oleh seorang 'ustaz terkenal' - membayangkan diri dan sekolah agamanya.

Peguam Kazim menegaskan dakwaan-dakwaan ini menunjukkan bahawa anak guamnya telah menubuhkan 'sebuah pusat penderaan seksual'.

Surat tuntutan firma berkenaan menyatakan bahawa posting itu tidak benar, fitnah dan mala fide.

"Anda berniat untuk merosakkan rekod dan reputasi anak guam kami," katanya.

Tambahnya, posting itu juga membayangkan bahawa anak guamnya adalah seorang pedofilia dan telah menggunakan madrasah sebagai alat untuk menarik kanak-kanak dan melakukan salah lalu seksual terhadap mereka.

"Posting ini juga membayangkan bahawa anak guam kami telah mengancam keluarga dan cuba untuk berselindung menggunakan pengaruh politiknya," katanya.

Mengesahkan perkara ini pada Selasa, peguam Firdaus Mohamood berkata surat tuntutan telah diserahkan sendiri kepada wanita itu pada Isnin dan beliau mempunyai tujuh hari untuk membuat keputusan.

Kazim sebelum ini telah menafikan dakwaan penderaan seksual melibatkan sekolah tahfiz miliknya, Pusat Pendidikan Al-Barakah dan beberapa laporan polis telah dibuat.

Dilaporkan, ibu bapa seorang pelajar mendakwa bahawa anak mereka telah didera secara seksual oleh pelajar lain dan dakwaan itu tersebar luas di media sosial.

Polis telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk para pelajar dan kakitangan.

Perkara itu pertama kali mendapat perhatian apabila aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi dan selebriti TV Wardina Safiyyah berkongsi posting tersebut di laman Facebook mereka, mendakwa penderaan seksual berlaku di sebuah sekolah agama.

Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan nama sekolah itu atau mendedahkan individu yang mengetuainya. #sumber


Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi

Sekianlah artikel Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/isu-penderaan-seksual-buat-permohonan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Penderaan Seksual, Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi"

Posting Komentar