Judul : Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA
link : Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA
Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA
Ketuanya, Datuk Heng Seai Kie (foto)mempersoalkan sama ada Sosma adalah undang-undang yang sesuai digunakan dalam kes ini.
"Apakah alasan untuk beliau ditahan di bawah Sosma?
"Secara peribadi, saya dan semua Wanita MCA tertanya-tanya (tentang perkara ini), jadi saya fikir polis perlu jelaskan kepada orang ramai," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Bagaimanapun, Seai Kie berkata, pihak polis, yang berpegang teguh dengan undang-undang, semestinya mempunyai 'alasan kukuh' membuat tangkapan ke atas Maria menggunakan akta anti-keganasan ini.
"Apa yang perlu kita lihat adalah laporan siasatan dan maklumat yang telah dikumpulkan hasil soal siasat, kerana penahanannya hanya ditukar kepada Sosma selepas perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu.
"Mesti ada sebabnya... tetapi mereka perlu menjelaskan mengapa," tegas beliau.
Selain Sosma, Maria juga telah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, melibatkan aktiviti-aktiviti dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Seai Kie bagaimanapun berkata beliau berharap Maria akan dibebaskan tidak lama lagi jika dibuktikan tidak bersalah.
Maria adalah antara pemimpin ditahan pada Jumaat menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November. #sumber
Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA
Sekianlah artikel Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/wanita-mca-polis-perlu-jelaskan.html
0 Response to "Wanita MCA, Polis Perlu Jelaskan Penahanan Maria Bawah SOSMA"
Posting Komentar