Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib

Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib
link : Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib

Baca juga


Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib

KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
“Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib,” katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan “dedak”.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
“Ada tempat kita sokong, ada tempat tidak sokong, bukannya bulat. Terpulang pada beliau untuk buat kenyataan (untuk Dr Mahathir membuat tuduhan),” katanya lagi.
Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR terkubur tahun lalu selepas pertelingkahan secara terbuka antara PAS dan DAP dengan pemimpin parti Islam itu berkata parti itu tidak akan lagi bekerjasama dengan DAP.
DAP dan PKR membentuk PH dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti yang ditubuhkan pada September, pernah cuba bergabung dengan PAS, dan berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan mereka menentang Najib dan kerajaan BN.
Namun, Hadi berkali-kali menyatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan DAP. #sumber


Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib

Sekianlah artikel Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/hadi-awang-tak-sokong-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hadi Awang: Tak Sokong Pakatan Harapan, Tidak Bermakna Sokong Najib"

Posting Komentar