Judul : Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora
link : Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora
Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora
IPOH: Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik atas tuduhan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati, 4 bulan lalu.
Kadershah Sabaruddin, 51, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Khas Trafik Ipoh.
Mengikut kertas pertuduhan, Kadershah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.45 petang di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada 10 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan.
Pegawai pendakwa Inspektor Kelvin Meng menawarkan wang jaminan RM5,000, namun tertuduh merayu ia dikurangkan kerana tidak bekerja ketika ini, selain mempunyai tanggungan.
Dalam kejadian 10 Julai lalu, sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas. #sumber
Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora
Sekianlah artikel Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pemandu-bas-mengaku-tidak-bersalah.html
0 Response to "Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta Di Terowong Menora"
Posting Komentar