Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian

Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian
link : Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian

Baca juga


Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian


PORT DICKSON: Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah dan pegawai Hospital Tanah Merah, Kelantan sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan seorang bayi perempuan diculik semasa dalam jagaan mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci masih dijalankan termasuk mengenal pasti kelemahan yang timbul walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan.
"Pihak kementerian akan memperketatkan lagi SOP membawa pulang bayi dari wad dalam usaha memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
"Sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan ini menunjukkan kelemahan dalam sistem di mana ia sudah berlaku tanpa disyaki oleh pegawai keselamatan dan pegawai kejururawatan yang bertugas," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Wanita dan Jentera Pilihanraya (Wanita MIC) di sini, Jumaat.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pengarah Hospital Tanah Merah untuk melihat dan mengenal pasti kelemahan yang ada dan memastikan segala langkah keselamatan telah dipatuhi.
"Kita akan siasat dan jika dapat dipastikan ada kecuaian di peringkat mereka, tindakan akan diambil.
"Bagaimana orang luar boleh masuk, ambil bayi dan pergi. Ini satu perkara yang kita perlu lihat secara keras dan pastikan ia tidak berlaku lagi," katanya.
Dalam kejadian Selasa lepas itu, bapa kepada bayi perempuan yang berusia lima hari itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya pada jam 9 malam selepas dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.
Susulan laporannya kepada pihak polis, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an tengah malam Khamis di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. #sumber


Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian

Sekianlah artikel Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/culik-bayi-tindakan-tegas-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Culik Bayi: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlakunya Kecuaian"

Posting Komentar