Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin

Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin
link : Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin

Baca juga


Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin

PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan urus setianya, Mandeep Singh dalam serbuan di pejabat NGO itu, tidak menjejaskan perancangan bagi himpunan Bersih 5 esok.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Induk Bersih 2.0, tindakan itu hanya menguatkan semangat mereka untuk meneruskan himpunan esok.
“Penahanan Mandeep, Maria dan tidak mengubah apa-apa. Bersih 5 akan diteruskan seperti dirancang dan kami berharap tindakan pihak pihak berkuasa ini akan mendorong rakyat Malaysia turun ke jalanan esok bukan sahaja untuk menuntut pembaharuan institusi tetapi untuk membantah ketidakadilan yang berlaku di negara ini,” kata kenyataan itu.
Maria disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen manakala Mandeep disiasat di bawah Seksyen 147 kerana merusuh dan 511 terhadap tindakan-tindakan yang boleh dihukum dengan penjara. Mereka dijadual dibawa ke IPK Kuala Lumpur.
Bersih 2.0 juga mengutuk serbuan dan menganggapnya sebagai penyalahgunaan kuasa kerana tiada waran atau sebab sah bagi serbuan dan tangkapan disediakan pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa mengambil langkah-langkah terdesak dengan usaha yang sia-sia untuk menghentikan perhimpunan Bersih 5,” katanya.
Ia turut membidas sikap berat sebelah pihak polis kerana membiarkan pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Yunos masih bebas walaupun boleh didakwa di bawah beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan.
Pada 3.12 petang tadi, pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya diserbu oleh 10 polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembiayaan OSF terhadap Bersih.
Ketika kejadian, Timbalan Pengerusi, Shahrul Aman; bendahari, Thomas Fann; ahli jawatankuasa pemandu, Jay Jay Denis; pengurus sekretariat, Mandeep Singh; pegawai sokongan, Zoe Randhawa; pegawai pentadbiran, Maisara; dan pegawai media, Yap Pik Kuan, turut ada.
“Pegawai-pegawai polis mengepung semua orang dan mengambil telefon bimbit serta kad pengenalan. Mereka biadap dan bertindak seperti samseng, menolak Thomas ke tepi dan pada satu ketika, cuba memutuskan percakapan telefon Mandeep, yang mereka rampas dengan ganas.
Secara keseluruhan, 10 komputer riba (termasuk pengecas), pemacu pen, cakera keras, fail gaji, penyata bank, dan dokumen berkaitan dengan Yayasan 18 Mei dirampas.
Mereka juga mengambil beberapa gambar pejabat. Serbuan itu berlangsung selama 2 jam, yang berakhir pada pukul 5.15 petang. #sumber


Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin

Sekianlah artikel Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bersih-50-tetap-akan-di-teruskan-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersih 5.0 Tetap Akan Di Teruskan Tanpa Pengerusinya, Maria Chin"

Posting Komentar