Judul : PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
link : PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen | Kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang masuk hari ketiga, menyaksikan pengerusi Umno Perak Saarani Mohammad 'berkempen' bagi pihak calon BN Mohd Zaidi Aziz dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, pagi tagi.
Berucap dalam majlis Jerayawara Pengurusan Murid Norma Baharu 2020, Saarani yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak meminta guru-guru supaya mempertimbangkan mengundi calon BN.
Program tersebut diadakan di kantin sekolah, dihadiri lebih 50 orang yang kebanyakannya adalah guru.
PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
Turut kelihatan tiga pegawai penguat kuasa daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghadiri ke majlis tersebut dan merakam ucapan Saarani.
Mereka bertindak beredar sejurus Saarani menamatkan ucapannya.
Namun, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan pelitup muka kepada daripada agensi korporat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Ketua jabatan pendidikan negeri Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang untuk mendapatkan penjelasan.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi Saarani dan pemimpin Umno berkaitan perkara perkembangan itu.
Seorang guru sekolah tersebut memberitahu Malaysiakini bahawa majlis itu diadakan secara “tiba-tiba”.
"Ini program diadakan secara tiba-tiba. Kami pun diberitahu baru sahaja," katanya yang enggan mendedahkan nama.
PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
Sebelum ini amalan berkempen di sekolah semasa pilihan raya sering mendapat kritikan.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.
Mohd Zaidi akan berdepan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santharasekaran Subramaniam.
Amir Khusyairi disokong oleh parti baru Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanah Air.
Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Pada PRU14, BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal. - mk
PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen
Sekianlah artikel PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/08/prk-slim-river-bn-salah-guna-sekolah.html
0 Response to "PRK Slim River : BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen"
Posting Komentar