Judul : Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu
link : Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu
Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu

Memetik kenyataan Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, portal berita Malay Mail melaporkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengelaskan kes melibatkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).
Kata Roslee, AGC memulangkan semula kertas siasatan yang dibuka polis memaklumkan kepada mereka bahawa tiada pendakwaan akan dibuat.
“Kami dah selesaikan dan hantar kertas siasatan kepada mereka (AGC).
“Mereka buat keputusan bahawa mereka tak akan dakwa sesiapa dan mereka telah (arahkan) NFA untuk kes ini,” beliau dipetik berkata.
Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu
Isu pelanggaran PKP itu timbul apabila beberapa gambar tersebar di media sosial, memaparkan Ahmad Samsuri menikmati hidangan bersama bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said, yang juga pengerusi Umno negeri berkenaan.
Dimaklumkan, Ahmad juga tidak akan dikenakan sebarang tuduhan di mahkamah.
Dua YB didenda mahkamah
PKP dikuatkuasakan di negara ini pada 18 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Ia dijangka tamat pada 12 Mei ini, setelah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Mengikut peraturan PKP, semua perusahaan diarahkan menutup operasi melainkan perkhidmatan penting, dan rakyat diarahkan untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing kecuali untuk hal-hal kecemasan, bekerja bagi yang mendapat kebenaran, dan mendapatkan barangan keperluan seperti ubat-ubatan dan barangan runcit dalam persekitaran 10km dari kediaman.
Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu
Pagi tadi, timbalan menteri kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria didakwa di mahkamah majistret kerana melanggar PKP.
Kedua-duanya mengaku bersalah untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda itu. Mereka berdua dikenakan denda RM1,000.
Di bawah Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, seseorang yang ingkar PKP boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
Sejak tengah hari semalam, wabak Covid-19 telah menjangkiti 5,820 orang dan meragut 99 nyawa di negara ini.
Seramai 3,957 telah pulih dan seramai 1,764 lagi masih dalam rawatan.
Covid-19 telah menjangkiti lebih tiga juta orang di seluruh dunia dan meragut 211,520 nyawa. - malaysiakini
Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu
Sekianlah artikel Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/04/tiada-pendakwaan-kes-pkp-mb-terengganu.html
0 Response to "Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu"
Posting Komentar