Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan

Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan
link : Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan

Baca juga


Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan

Ini adalah satu sumpahan yang jelas satu pembohongan dan hanya bersifat drama politik semata-mata oleh Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PH yang juga Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir berkata, PH bersumpah untuk tidak langsung menjamah duit rakyat sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan selepas PRU14 nanti.

Beliau kata di Taman Gadong Perdana di Melaka malam tadi, sumpah tersebut akan dilaungkan sekiranya mereka diberikan mandat berkenaan.

Jika begitu, yang semua pemimpin PPBM dari Pengerusi, Mahathir, Presiden Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri mengemis wang rakyat sebagai sumbangan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu apa, bukan ke menggunakan wang rakyat.

Sepatutnya, perbuatan tidak menggunakan duit rakyat sepatutnya ditunjukkan sebelum menang bahawa PH ada mempunyai dana sendiri dan mampu menguruskan kewangan untuk gerak kerja parti seterusnya berhadapan pilihan raya. Ini tidak, permintaan mereka seperti dalam keadaan yang amat susah dan tidak ada wang untuk berjuang.

Video kesemua pemimpin PPBM meminta derma dari rakyat diulang berkali-kali dalam laman sosial Facebook supaya rakyat tidak terlepas permintaan mereka untuk meminta wang dari rakyat.

Pada ketika kerajaan BN bantu rakyat dengan memberikan subsidi, kemudahan pinjaman dan skim-skim yang berguna supaya rakyat ada pendapatan lebih, PPBM ambil kesempatan buat alasan supaya rakyat menderma kepada mereka. Selepas itu dalam ceramah politik, kata mereka takkan jamah duit rakyat.

“Macam mana rakyat boleh yakin dengan satu pihak untuk jaga amanah negara kalau pemimpinnya menunjukkan contoh tak baik?

“Saya tak boleh bayangkan kalau kita tak boleh beri pilihan pada rakyat… Tak boleh la macam tu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina anjuran PPBM itu, semalam.

Turut berada pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 penyokong pakatan pembangkang itu ialah Ketua Pembangkang Melaka yang juga Setiausaha PH negeri, Khoo Poay Tiong dan Ketua PPBM Tangga Batu, Mohd Rafiq Naizamohideen.

Adakah contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh Mukhriz, Muhyiddin dan Mahathir berjuang atas ehsan wang derma rakyat adalah satu contoh yang baik sedangkan rumah mereka diami sendiri besar dan kelihatan mewah, tapi tagih simpati rakyat.


Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/ini-adalah-sumpahan-palsu-mukhriz-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini Adalah Sumpahan Palsu Mukhriz Dan Pakatan Harapan"

Posting Komentar